Tuesday, 10 May 2011

DAH BOLEH TARIK NAFAS LEGA

Selalunya dalam setahun mesti ada sekali masa yang betul-betul bizi duk mengadap tender sampai tak sempat update blog. Tapi kali ni timing tak best betul, nak dekat-dekat exam plak dia datang. Boleh kata hari-hari balik lambat, so takde maknanya la malam nak bukak buku kan. Err takde la lambat sangat pun, saja exaggerate kunun pekeje cemerlang.. hahaha. Alasannn!
.

Giler ah kali ni punya last minute study. Dah la satu paper hari sabtu petang, satu lagi pagi isnin. Jumaat tu amik half day sebab pagi tu ada satu daripada tujuh tender dokumen nak kena submit. Kunun bagi setel hal keje baru boleh 'cuti' dengan tenang. Tapi pastu tak tenang sebab tak abis study. Isk! Padahal boleh je kalau nak cuti full day, ada je orang lain boleh setelkan keje. Haih!
.

Paper hari sabtu ok la boleh la jawab. Cuma aku tak faham la apsal tiap kali aku amik paper tu, time tu la diorang decide nak buat soalan a bit tricky than previous. Bila buat past years punya rasa idak la susah sangat. Err ke sebab boleh refer buku sebab tu rasa senang tapi masa exam soalan senang pun rasa susah?

.

Paper isnin sangat la bengang. Bengang dengan lecturer tu. Bagi tips ke laut sungguh. Semuanya yang keluar adalah bercanggah dengan apa yang dibagitau. Macam ada satu chapter ni, ada beberapa c*nv*t*r design. Katakan design A, design B & design C. Kitorang suh kecikkan skit skop. So dia kata KONFEM design B tak masuk. So semua orang pun baca design A & C je. Tup-tup keluar design B. Apakah?????? Dah la bukan satu, tapi semua bab pun ke laut. Nak sabotaj student sendiri ke apa ni? Heh!
.

Aku lagi rela dia tak bagi tips langsung. Biarlah kena baca semua pun. At least ingat la skit2 kot. Daripada jadi camni, langsung tak baca sebab katanya KONFEM tak masuk kan. Bengang giler! Dah la memang tak berapa berkenan cara dia. Ni harus panjang berdepa kalau nak cite. Fikir hormat dengan pengajar je. Takut ilmu tak berkat kan.
.

Apa-apa pun dah selesai pun exam untuk sem ni. Boleh la tarik nafas lega seketikasebelum dapat result... dan masa untuk berpoya-poyaaaaaaa! \(^_^)/

3 comments:

Maryam said...

bestnya kak achik...

*jealous yang amat nih. huwaaa!!!

Siti said...

wah...rindu kat achik. ingatkan bawak diri ke korea lg. :)

achik said...

mek ~ err apa best? *konpius jap*
mek blum abis peksa ke? :)


kak siti ~ x cukup duit nak bawak diri ke korea.. ekeke.. ;p