Tuesday, 28 June 2011

MASIH CITE LAB

Selalunya dalam lab, mesti suka nak curik-curik snap gambar. Bezanya lab kali ni, memang diberi arahan untuk amik gambar. Tapi disebabkan masa packing barang tak jumpa memory card, terus malas nak bawak kamera. Maka kegiatan mengambik gambar dibuat oleh ahli kumpulan lelaki. Tak dapat nak poyo-poyo berlakon pasang kabel ke apa. Hahaha.
.


~dengan Dr. N, lecturer dari Nigeria yang sangat baik...
.

~ahli kumpulan yang 'skema dalam sempoi'...

perghh, terserlah kerendangan minah tu dalam gambar ni... paras bahu je... isk!


err kat gambar tu je nampak macam rapat sangat ngan mamat tu... sebenarnya berdiri kat belakang skit dari dia...

.

Kebetulan diorang ni sekelas ngan member aku masa dia sambung space kat Skudai... tu yang buleh la duk mengata lecturer mana yang tak best dan strict sangat borak-borak.


Err ada sorang je yang muda setahun dari aku. Kalau terer teka yang mana satu? ;p

Monday, 27 June 2011

KEMBALI BERSIARAN

Dah selamat kembali dari 'pertapaan'.


Disebabkan jadual yang padat, tak sempat nak mengupdet blog yang dah memasuki fasa hidup segan mati tak mahu ni. Lega sangat dah selesai 'acara tahunan' yang terakhir. Sangat lega sebab sesi kali ni berjalan dengan lancar. Walaupun macam buat 3 'mini psm', tapi semua siap dengan jayanya.


Abis je lab ketiga petang jumaat tu, terus balik. Takde berenti makan ke apa. Nak cepat sampai punya pasal. Hehehe. Tapi sebab dah janji ngan kakak aku, singgah la Melaka. Sabtu petang baru balik sebab ahad tu kelas. Tapi penat je aku gigih balik cepat-cepat nak menyiapkan assignment... sekali semalam berlaku kejadian sengal sekali lagi.


Otw nak gi kelas tu, kak I sms aku kata jalan jem sebab ada larian. So aku pun ikut la jalan lain. Sekali hampeh, bertembung gak ngan larian tu. Banyak jalan tutup. Dah sampai lambat tu, naik la teksi ngan kawan aku nak gi KLMU. Sekali tersalah tempat. Ingatkan kat Jalan Raja Laut tu, rupanya kat Setapak. Duk tahan teksi lain pun ada yang tak tau kat mana. Masa tu dah lambat sangat nak masuk kelas. Sudahnya sepakat ngan member aku, drop je paper tu. Amik lenkali je la. Sengal giler, drop semata-mata 'tak jumpa kelas'. Haih!


Takpe la, ada la tu hikmahnya [ayat pujuk diri sendiri]. Pasni hujung minggu free sampai bulan September. Mari gi kelas baking!

Wednesday, 22 June 2011

BERADA DI LUAR KAWASAN

.
Bertapa di UTM Skudai selama seminggu. Acara tahunan.
.

Jadual masih padat seperti biasa... 9am-11pm. Nasib baik ahli kumpulan semuanya ok [terlambat daftar sesi, terpaksa join ngan student lelaki dari JB], pensyarah pun setakat ni ok... maka takde la stress. Oh2 terjumpa pulak pensyarah yang bagi 'hint ke laut' sem lepas. Dia salah sorang penyelia untuk salah satu makmal. Nasib baik tak dapat dia. Aku ngan kak I takde pun nak beramas-mesra tegur dia. Buat-buat tak kenal... boleh?

5 dari 12 slot dah setel. Harap2 semuanya berjalan lancar.




Power E Lab

Thursday, 16 June 2011

CINTA TERAGUNG + NORA ELENA

Errr sebenarnya aku tak follow langsung AF9 ni. Errr satu-satu AF yang aku follow dari awal AF3 je [baru ada astro masa tu... haha]. AF4 masih tengok la skit-skit. Pastu malas nak layan dah. Hari tu masa cuti sekolah je la tahu skit-skit sebab Uda aku masih duk setia tengok AF. Sampai anak buah aku si Alisa yang baru 2 tahun tu pun sebut 'Ama ica' [baca: hazama alisa]. Isk!

So masa konsert akhir tu tengok je la... dan terus tersuka dekat Hazama lagu Cinta Teragung ni.








Rupanya dia penah jadi vokalis jemputan MUH. Masa dengar kat Riuh Pagi Era esoknya... diorang ada mainkan lagu dia ngan MUH tajuk 'Pokok'... bertambah suka! ;p


--------



Ni cite lain. Cite pasal cite Nora Elena. Kuat betul penangan cite tu ek... mana-mana mesti ada duk cite pasal cite tu. Opismet aku pun asal lunch hour je mula la masing-masing duk tengok cite tu. Err tapi aku rasa sepatutnya tajuk cite tu kena tukar jadi Seth Tan [apsal la bagi nama Seth Tan... dah masa setan bunyinya] instead of Nora Elena. Sebab yang tengok cite tu semua duk menggiler & cair ngan keromantisan si Seth Tan tu. Fuhhhh!


Oh2 aku tak terjebak langsung ngan cite tu. Sebenarnya tak penah tengok pun. Tapi punya kuat penangan cite tu, aku tak penah tengok pun tau pasal cite tu. ;p

Thursday, 9 June 2011

DAH BAKAR, TOPUP BALIK... CISKEK TUL!

Semalam opis aku adakan perlawanan badminton antara staf. Sebagai 'ahli tetap' yang gi main badminton setiap minggu walaupun dah tak dapat cuci mata tengok mamat ensem bila dah tukar dari hari khamis ke rabu, mesti la aku join jugak kan. Pestaim ni masuk pertandingan badminton. Ala takat nak lawan suka-suka ngan budak opis je...hadiah pun takat serat je. ;p


Yang hampehnya boleh plak terlupa bawak kasut. Dah la kaki godang, bukan bleh nak pinjam kasut orang lain. Sudahnya terpaksa beli kasut baru kat situ. Agak segan nak beli sebab kang orang kata semata-mata nak lawan beria beli kasut. Hahaha. Seb baik la memang dari hari tu nak beli kasut baru.
.


~kasut sukan baru... suka!

.


Tak, kasut baru tu tak bawa berkat pun. Dua-dua game kalah. Huwaaaaa! Ngan group N&Z, memang dah agak tak boleh menang sebab diorang terer. Yang lagi satu group cinun, ingatkan ada harapan la nak menang. Boleh plak semalam diorang terer semacam. Asyik duk smash je. Berkat pinjam raket best dari Mr. C la tu. Cis! Tak puas hati sungguh. ;p






~ni la 2 group yang kalahkan group aku...

----------



Malam kelmarin buat sesi membaking. Uda buat kek coklat & oren. Aku buat ciskek.

.


~lepas bakar kalori main badminton, topup balik makan ciskek... isk!

Tuesday, 7 June 2011

MOOD NAK MENGUPDATE DAH DATANG BALIK

.


Cuti sekolah ni Along & Uda balik KL. Kat rumah meriah la ada 3 orang kekanak ribena. Tambah plak si Alisya yang komain lagi keletah dan petah dalam pelat. Mak long jadi mak bayong. Duk ngajuk orang pun boleh tahan. Tak padan baru 2 tahun. ;p
.




Dah kurang suka berposing tapi suka tengok gambar... err tapi yang lawaknya dia tak boleh terima gambar dia masa baby adalah dia... bila cakap tu dia, komain marah... butannnnnn! Terima la kenyataan masa baby rambut awak tu terpacak alisya oi... ekeke...
.

------

.

Sabtu lepas buat acara makan-makan kat Kuang. Merangkap sambutan hari jadi awal untuk yang lahir bulan Jun. Ada 4 orang yang sambut.

.


Helmi [7hb], Durar [8hb], Syafiq [22hb] & Ain [29hb].


.

~satu lagi kek sebab emak tak makan kek coklat... err merangkap belated mother's day... ;p

.

.

~Muhammad Ekmal... hari ni genap berusia 50 hari...

.

-------
.

Ahad plak ada kelas untuk sem pendek. Mula-mula ada la orang menghasut tak yah gi kelas... so boleh la lepak kat Kuang lama skit. Tapi punya la semangat nak jugak gi kelas sebab member yang amik sama paper tu tak dapat datang sebab ada kursus. So backup la takkan dua-dua tak datang untuk kelas pertama kan.

.

Selalunya kelas masa sem pendek buat kat bangunan Yayasan Selangor kat Kampung Baru. Aku pun assume yang kelas tu kat sana. Lupa nak check. Dah la sampai kat YS tu dah ngam-ngam je 8.30am, tetiba ada masalah parking... terpaksa patah ke UTM dan parking kat sana. Gi balik ke YS tu naik teksi. Dah sampai sana, check la kelas kat tingkat berapa. Tup-tup kelas dekat tempat lain, kat KLMU. Dah la kete kat UTM kan. Amik teksi balik ke UTM nak amik kete. Bengong giler. Dah la tak sure KLMU tu kat mana. Sebelum tu ada terdengar sorang mamat ni bagi direction kat sorang lecturer ni. Ok try je la ikut direction tu. Tapi hampeh tersalah jalan, patutnya ikut bawah flyover aku gi naik. Malas aku nak pusing-pusing... terus straight je balik rumah. Isk! Penat je semangat nak gi kelas.

.

.

ps: harus la entri panjang bila mood dah datang balik kan... ;p