Wednesday, 13 July 2011

MAKCIK ACHIK PRIHATIN

Entri bulan ni baru 4 [tak termasuk entri ni]. Tapi 3 darinya entri gambar sesi 'baking & cooking'. Nampak sangat takde idea nak merapu.

Oh hari ni nak merapu pasal anak-buah-yang-tengah-tunggu-tawaran-belajar.

Hari tu 'pinjam' dia buat teman gi Skudai. Balik dari sana saja biar duk lepak kat KL dulu. Disebabkan tak nampak bayang surat tawaran lagi, dia pun saja la keje part time kat kedai kasut kat ngan rumah aku. Baru keje dua belas hari, dah berenti. Bukan tak tahan, tapi tetiba ibu dia bagitau dapat surat yang ditunggu-tunggu.

Mula-mula memang la tumpang gembira dan rasa lega untuk dia. Tambahan pulak, course yang dia dapat tu hasil dari sedikit 'nasihat' dari aku. So semalam lepas balik keje, terus la hantar dia balik rumah sebab sabtu ni kena pergi dengar taklimat. Tapi bila baca sendiri surat tu, rupanya tawaran dari kolej swasta. Alahai. Tapi takpe la, pergi je la dengar taklimat dulu kan. Kalau dah memang rezeki sambung belajar kat situ, terima je la walaupun yuran mahal la kan, dah macam yuran aku amik pjj je. Memang la ada loan tapi sian la kan, belum apa-apa hutang dah besar. Isk!

Agak-agak mana yang baik?


Terima je tawaran sambung belajar kat kolej swasta untuk kemasukan Julai.



atau



Mohon balik IPTA atau politeknik untuk kemasukan sesi kedua.


atau


Ada option lain yang lebih elok? Ada sebarang cadangan?

.


Serius, aku pulak yang rasa risau untuk dia. *mode makcik prihatin*

12 comments:

Siti said...

kesian budak2 skrg. kolej swasta ni kdg2 takleh harap. sbb diorang ni lebih kpd bisnes. yuran mahal dah tentu. walopun dpt pinjaman, japgi br abis belajar tak sampai sebulan, keje pun tak dpt lg dah diorang mula kutip hutang. err..logik ke tak logik tu? mana nak cekau duit nak bayar???

achik said...

kak siti ~ tu la, saya risau tang tu la.. kalau org senang takpe la kan..

ada tu, dah nak abis belajar tetiba kang sijil x diiktiraf la.. keje x tentu ada, hutang dah menunggu..

lyza said...

cuba appeal.

Kay said...

buat rayuan... dan mintak poli... takyah la kolej swasta...

pB said...

apply Politeknik

Anonymous said...

tunggu puli lah... rugi je prebet nih... mencekek darah tuh... :P

achik said...

ka lyza, kehelan, kak pB & pa'chik.. makasih atas pendapat.. akan cuba buat rayuan dan try apply poli.. :)

Maryam said...

kak achik, prebet last option.... (kalo cam adik saya, dia degil.. so tercampak kat taylor's university sekarang).

selagi ada jalan, masuk ipta...

meh nak cite pasal sorang budak ni.. budak uia. dia tak dapat uia mahupun mana2 ipta sebenarnya. tapi hari dia tahu ada pendaftaran second intake, dia sediakan surat rayuan untuk semua course yang dia layak dan gi jumpa sendiri timbalan dekan matrik uia. dia buat sendiri semua. diterima macam tu je. sebab banyak surat, dia cabut satu dan bagi pada pegawai tuh. dan dan terus daftar tanpa sebarang persediaan. yalah, baru nak merayu time tu.. :D

Bunga Rampai said...

In case tak perasan - Permohonan online kemasukan UiTM sessi November 2011 sedang dibuka sekarang dari 1/7/11 hingga 31/7/11. Ini permohonan terus UiTM bukan melalui UPU.


Wah, baking membaking sekarang ek! Teruskan Achik ... mana tau satu hari nanti boleh buka kedai kek/bakery!

Salam n take care :)

achik said...

mek ~ oh yeke.. sape budak tu, kawan mek ke? err anak buah akak mmg ada apply uia.. tawaran yg dia dpt tu dari anak sykt uia..

mmg kalau boleh kolej swasta last option.. nanti nak suh dia buat rayuan.. :)


kak rampai ~ oh hari tu ada bukak gak website uitm, mmg x perasan.. makasih kak sbb bgtau..

hehehe.. mood rajin datang.. bukak kedai? insya-Allah, mana tau kan.. makbul kata2 akak tu.. :)

TedungS said...

Tkpun soh diorang kawin awal je lah, sonang cerito.. heheh. Pekabo ngko ahcik?

TedungS said...

Tkpun soh diorang kawin awal je lah, sonang cerito.. heheh. Pekabo ngko ahcik?