1. Jumaat lepas opis aku adakan majlis berbuka puasa kat JW Marriot Putrajaya. Mula-mula ingat nak pergi tapi tetiba rasa cam takde mood plak nak pegi. Ada la beberapa orang duk tanya nape tak pegi, alasan aku kesian emak aku berbuka sorang-sorang sebab adik aku keje malam. Nak ikutkan emak tak kisah pun, tapi tu la... tak rasa nak pegi pulak kali ni. Lagi pun sabtu ni dah janji ngan rakan-rakan terchenta nak berbuka bersama-sama. Kadang-kadang maleh skit nak berbuka kat luar, takut kang terbabas... ;p
.
2. Weekend lepas dah beli bahan-bahan untuk buat kuih raya. Padahal tahun lepas masa tengah membakar kuih duk cakap "next year tak nak buat kuih la... nak beli je". Sekali bila tiba masa, tetap gigih nak buat walaupun idak la reti sangat sebenarnya. Tapi kali ni makin bersemangat nak mencuba beberapa resepi yang baru digugel. Harap-harap bukan resepi tipu menjadi!
.
3. Hari tu jalan-jalan, terbekenan kat sepasang baju kurung ni. Tapi tak beli pun sebab dah hantar tempah beberapa pasang. Tetiba tadi akak tailor tepon aku, baju raya aku sempat siap sepasang je. Tu pun dia baru nak potong. Isk! Err nampak gaya, 'terpaksa' jugak aku beli baju tu. Ada hikmah rupanya baju tak siap. Ekeke...
.
4. Dah dengar khabar gembira. Katanya hari ni release. Masin mulut emak.
.
5. Esok cuti sempena Nuzul Quran. Bila la nak khatam ni. Isk!

5 comments:
2. Chik, nak aura kerajinan sikit, buleh? :D
3. haha, dapat rejeki kakak jual baju berkat baju tak siap. :p
selamat nuzul quran! :)
Kadang-kadang maleh skit nak berbuka kat luar, takut kang terbabas... ;p
maknanya sebelum ni ko dah biasa terbabas lah ni.. hehe
bila baca no 4 tu,aku pun gembira jugak sebab ada chance la dpt duit raya lebih tahun ni.hehe
akira ~ akak pun tgh mencari aura kerajinan.. semalam baru jumpa skit.. ;)
penyubiru ~ berhati-hati sebelum terbabas.. ekeke..
Alhamdulillah.. tp duit raya menten sama cam thn lepas.. ;p
nak duit raya jugak!!!
Yea yea raya
Post a Comment