Fuh, dah seminggu di 2012. Giler pantas!
Tahun baru dimulakan dengan 'bercuti' selama seminggu sebab hari Rabu & Khamis ada exam. Maka hari Selasa tu 'cuti ulangkaji' kununnya. Dah alang-alang, terus je sambung sampai Jumaat. Bagus betul mulakan tahun baru dengan bercuti. Haih. Ni la akibatnya bila jadual akademik dianjakkan. Takpe la, tahun ni tahun akhir. Tinggal 7 kredit je lagi. Woot woot!
Tahun lepas tahun yang agak busy. Banyak sangat benda yang nak dibuat tapi tak terbuat. Benda-benda dalam '62 ways to make 2011 your best year yet' pun banyakkkkkk sangat tak terbuat. Paling teruk, nak baca sekurang-kurangnya sebuah buku sebulan pun tak terbuat. Isk! Err aku rasa aku jenis tak boleh bagitau apa yang aku nak buat. Kalau tak mesti tak jadi. Kena buat list senyap-senyap... tau-tau dah buat. Ni duk pung-pang beriya-iya pastu habuk pun takde. Harapnya tahun ni banyak la benda-benda yang tak terbuat tu dapat dibuat. Insya-Allah.
Oh, tahun ni bakal masuk fasa baru. 3 series beb! *lap peluh*

9 comments:
welcome to the 3 series club! hihihi...
amboi.. sangat mengalu2kan nampak.. ;p
Aha.. saya pun jenis tak boleh bagitahu orang apa saya nak buat. kalau bagitahu atau rancang mesti tak jadi. kalau benda tak dirancang selalunya menjadi.
hehe.
tahun akhir harus lebih fokus tu. baca buku utk exam aje..hehe
ati ~ tu la.. sbb tu kalau nak gi cuti2, slalunya senyap2 je.. tau2 dah pegi.. kalau duk canang, mesti x jadi.. :)
kak lyza ~ tinggal satu je paper susah.. yg lain paper rileks.. so ada byk masa utk membaca.. hopefully.. ;p
kedit tinggal tujuh tu, jangan duk gi topap pulak ye... :P
pa'chik ~ ahahahampeh.. insya-Allah harap2 sgt tak la.. err tp 2 sem gak nak kena tempuh.. sbb satu subjek tu mmg ditawarkan masa sem pendek je..
beb, kita ikut resmi BMW, lagi besar series dia lagi mahal. bahaha XD
nick ~ ahahaha betul3.. ;p
Post a Comment