Sunday, 15 January 2012

NOT A GOOD START BUT HOPE IT WILL BE A GOOD END

Baru je rasanya baca pasal Wardina kena rompak. Tetiba Jumaat malam Sabtu benda yang sama berlaku kat adik aku masa dia keje malam.

Lepas dia dah gi keje, duk la borak-borak ngan emak & Along. Baru-baru ni dia dapat duit insentif dari kampeni dia. Dia ni pantang dapat duit lebih je mesti nak perabiskan. Mula la beli benda tak perlu. Macam hujung bulan lepas dah dapat duit bonus, dah abis beli hp baru padahal hp yg sediada tak sampai setahun guna. Pastu mak cite yang duit insentif tu pun dia keluarkan sekelepuk nak beli 'barang'. Nak belinya lambat lagi tapi dah keluar awal-awal. Terkeluar dari mulut aku 'ish, dia ni tak serik-serik.. dah la selalu je ditimpa malang... kang tak pasal-pasal je'.

Sekali bangun je pagi semalam dapat tahu tempat keje dia kena rompak. Banyak la benda kena amik. Barang dia sendiri je habis la laptop sebiji, hp 3, duit cash @k. Seb baik la ada sorang member dia tido dalam kete dia, pastu tetiba ada orang datang... so perompak-perompak tu lari. Kalau tak, mungkin dengan kete-kete sekali lesap. Isk!  

Tak tau la keceluparan mulut atau 'gerak hati' yang buat benda tu terkeluar... tapi agak kesal la. Sian sungguh adik aku tu. Dah la Jumaat tu besday dia. What a start. Haih!

Takpe la, harta benda hilang boleh ganti. Yang penting dia selamat. Tu la kan, rezeki ni sekejap je kalau Tuhan nak bagi banyak, dan dengan sekejap gak Dia boleh tarik balik. 

Aku plak, hari tu 'eksen' dengan adik aku kunun bonus aku lagi banyak dari dia. Tapi tetiba dengar ura-ura yang bakal jadi kenyataan yang bonus tahun ni tak semasyuk yang lepas-lepas. Selama 3 tahun ni dah terbiasa dapat sekian-sekian RM, terasa la gak kan. Tapi bila fikir-fikir balik, better something than nothing kan. Bersyukur la seadanya. Macam adik aku, dapat banyak tapi hilang sekelip mata. Sikit ke banyak, bersyukur! Oh2 dah bila dapat banyak, sila jangan 'eksen' yea. Huhuhu.

Ye mungkin tahun ni tak bermula dengan baik tapi ni baru 15 hari di tahun baru. Ada 351 hari lagi untuk make it better. Insya-Allah!

3 comments:

Ezad said...

rezeki dari allah. kadang2 makanan dah masuk mulut, tunggu nak telan je.. tersedak tersembur keluar... tu tanda bukan rezeki kita..

redha je

Anonymous said...

Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku dari apa yang ia memberi percubaan dengan sesuatu dan ia mengutamakan aku dari banyaknya makhluk.

baca setiap kali dengar berita orang ditimpa musibah...

achik said...

en ezad ~ tu la kan.. :)


anon ~ makasih.. :)