Sambung hari pertama. Oh2 sebelum tu nak cite pasal 'abang bot' [yeke abang, ntah-ntah adik??? muka muda lagi.. ahaha]. Mamat tu baik je, senyumm memanjang. Masa dah sampai jeti, tengah tunggu van nak hantar balik motel. Sekali dia cakap 'lenkali senang-senang datang la sini lagi... dah abis sekolah kan?'. Wahhhh, adakah muka kelihatan seperti budak baru abis sekolah. Matilaperasan! Ok, tu je motif sebenar cite pasal 'abang bot'. ;p
Abis je island hopping, kitorang sambung mandi kat Pantai Cenang. Mandi kat Pulau Beras Basah tak puas sangat sebab tak leh gi 'dalam' skit... ada banyak landak laut. Dah puas berendam, balik bilik mandi-mandi.. pas Maghrib gi kuar cari makan. Gi pasar malam kat Beras Terbakar. Pastu pusing-pusing kat pekan Kuah. Masa nak balik, kena tahan ngan 'abang polis ensem'. Dia suh kitorang patah balik sebab jalan yang kitorang nak lalu tu byk kerbau melintas & sedikit keras. Katanya la.
Day 2
Plan asal, nak bangun pagi-pagi mandi laut sepam dua. Tapi hampeh, lepas Subuh sambung tido balik... sedar-sedar dah kul 9 lebih. Terus siap-siap, sarap pastu check out. Destinasi seterusnya adalah nak naik kereta kebal kabel. Mula-mula cuak jugak tak nak naik sebab dengar orang cite, cable car tu menakutkan. Dah la menjunam. Sayup je tengok dari kejauhan.
Sudahnya naik jugak. I survived! Aku memang tak berani nak pandang bawah. Gayat! Pandang muka member aku je. Paling menakutkan bila lalu kat 'tiang' ngan bila dah sampai kat stesen atas. Seram giler lagi-lagi masa nak turun tu. Kecek sampai nak 'terjeluak'. Padahal sebelum tu aku rasa dia paling berani. Tak berani sempat nak gi turun kat jambatan tergantung kat atas tu.
Turun bawah, sambung amik gambar dan beli ole-ole skit. Pastu terus ke pekan Kuah. Masa ni lalu jalan jauh giler. Rupanya tu la jalan yang abang polis ensem tak bagi lalu malam tu. Baru la aktiviti membeli-belah bermula. Borong coklat je. Dan beli skit sudu&sewaktu dengannya untuk emak.
Gi bergambar kat tugu helang tu. Dah la panas terik, nak bergambar lompat2. Dah cam orang buat senamrobik tengah panas je. Seb baik masa kitorang kat situ takde orang. Hantar kete dalam kul 3pm. Beli tiket feri kul 4pm. Sempat la setengah jam makan sebelum naik feri. Dalam feri zzzzz!
Sampai stesen ketapi kul 6 lebih. Kat sana baru solat. Kakak aku ngan abg ipar aku datang hantar. Train datang lebih kurang kul 7.50pm. Sempat la jamak Maghrib & Isya' siap-siap. Ngam-ngam solat, dengar announcement ketapi akan sampai dalam masa 2 minit. Pergh, cukup2 masa je.
Balik ni dapat beli tiket katil bawah. Sakan duk borak sampai nak kat kul 3 baru tido. Sampai Sg Buloh kul 5.20am. Amik kete kat rumah kakak aku, terus balik rumah.
Balik ni dapat beli tiket katil bawah. Sakan duk borak sampai nak kat kul 3 baru tido. Sampai Sg Buloh kul 5.20am. Amik kete kat rumah kakak aku, terus balik rumah.
Memang ingat nak gi keje, sekali tertido. Tersedar kul 9 lebih. EL je la!
Cuti-cuti yang sangat best!
ps: geng 'kedai mamak', jom arrange cuti-cuti akhir tahun ni... ;)


4 comments:
Oo oo nak cokelat whitaker!
nanti nak mintak la contact no,island hoping tu...hehehe
dah penah pi thn 2008/09 kut.ngan family...lama giler dah..tp tak sempat naik cable car sbb ujan renyai2 time tu...so,depa stop kejap...
Hasni: ko nak pi bila?
Bala: kemanakah?
king ~ coklat whitaker? x beli la plak.. :)
hasni ~ ok aku rasa ada simpan contact dia.. nanti aku bagi..
nasib masa kitorg gi cuaca sgt baik.. panas tapi ok la naik cable car x takut sgt.. ;p
nicky ~ x plan lagi gi mana.. cadangan plis..
Post a Comment