Fuh!
Mungkin pencapaian hidup setakat 30 tahun ni biasa-biasa je jika nak dibandingkan dengan orang lain.
Mungkin yang sebaya aku ada yang dah genggam phd sedang aku masih berusaha menghabiskan saki-baki untuk dapat degree.
Mungkin yang sebaya aku dah ada kerjaya hebat dengan gaji besar sedang aku biasa-biasa je, tak banyak tapi cukup.
Mungkin yang sebaya aku dah mampu beli rumah sendiri sedang aku masih duk 'celah ketiak emak'.
Mungkin yang sebaya aku dah merantau jauh menimba pengalaman di negara orang sedang aku tak pernah keluar berhijrah luar KL-Selangor.
Mungkin yang sebaya aku dah berduet dan ada anak-anak sedang aku...
Dan banyak lagi pencapaian hebat yang mungkin dah dicapai oleh mereka-mereka yang sebaya aku sedangkan mungkin aku masih jauh untuk capai benda tu semua.
Namun sesungguhnya aku bersyukur seadanya.
Terima kasih Tuhan untuk 30 tahun kesempatan hidup yang diberi. \(^_^)/
Oh, ini bukan entri emo yea. Sila percaya! ;p
-------
Kelmarin 07042012 seharian sambut besday dalam kelas. Dah la kelas abis lewat dari biasa. Sebelum gi kelas emak tanya nak kek tak? Mesti la aku jawab TAK NAK. Dah kertu2 nak potong kek bagai. Dah la berdua je kan. Tak best!
Sampai rumah dah nak dekat kul 11.15pm. Tengok-tengok family abang aku ada. Masing-masing dah kelaparan tunggu aku balik. Haha. Walaupun aku kata tak nak kek, tapi tetap la emak beli. Hehe. Siap dapat hp baru tapi aku tak nak la. Bagi emak je pakai. :)
-------
Fuh, cam tak pecaya dah 3 series!
Monday, 9 April 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

6 comments:
Tahniah, akhirnya menjejakkan umur ke 3series. Bak BMW, lagi tinggi siri lagi enhanced.
Moga cepat abes study Achik. Caiyok!
salam ziarah.. walaupun kita tak seperti org lain.. senyum itu menunjukkan kebahagian kita seperti org lain...
biar 3 series, asal muka 17 tahun yu! hehe.
semoga cepat habis study & ceria sokmo. :)
kak wan ~ tu la harap leh ikut resmi BMW.. lagi tinggi series lagi hebat gitu.. hehehe.. ;p
thanks kak.. \(^_^)/
faridmw ~ w'salam.. yeap, lain org lain bahagianya kan.. apa2 pun syukur.. :)
akira ~ yg pasti hati mmg always sweet 17! ahahaha..
makasih ati.. :D
Hebat!!! Masih bertahan! Tabik springroll sungguh!!
Happy belated birthday Achikkk!! :D
kak izinni ~ heheh.. masihhh.. ;p
makasih.. :)
Post a Comment