Tuesday, 25 September 2012

BERIADAH

Perkara yang selalunya membantutkan plan nak beriadah adalah nak mencari tempat yang sesuai. Ada beberapa tempat berpotensi tapi rasa macam jauh je nak pergi. Selain jarak, tempat tu harus la tak ramai sangat sebab ramai-ramai sangat kang segan. Biasa la alasan-alasan remeh memang banyak.

Isnin lepas [lepas beli kasut tu] aku teruskan pemanduan mencari Taman Bukit Jalil. Aku tahu dekat je ngan rumah aku tapi tu la selagi tak sampai, mana la nak tahu lokasi sebenar. Dah jumpa tu seronok betul, memang dekat. Siap jumpa jalan short cut lagi.

Plannya nak pegi pagi Sabtu tapi dek terlajak tido, tunda la ke petang. Tu pun hampir-hampir terbantut sebab tengok cuaca mendung. Kul 5 lebih keluar rumah. Boleh plak terlajak jalan, dah la tempat nak u-turn jauh, siap pakej jalan jem. Boleh membantutkan semangat sungguh! Sampai sana, tengok banyak pulak kereta banding masa aku survey tu. Pastu nampak plak sekumpulan mamat-mamat muda. Yela aku ni dah la spesis 'takde hidung'.. pegi plak sorang-sorang, maka segan sorang-sorang. Perasaan tu semacam je. Padahal macam la orang kisah pun. Hahaha.

Berjaya gak menguatkan semangat. Berbekalkan towel kecik [bajet berpeluh giler], aku pun mulakan la aktiviti brisk walking. Tapi hampeh langsung tak berpeluh. Dah nak hujung-hujung tu baru start jogging light-light. Dah dapat pace yang sesuai. Baru la berpeluh. Ok boleh repeat lagi pasni!

Thursday, 20 September 2012

SHOPPING IN STINGY WAY

Masa annual dinner hujung tahun lepas, aku dapat beberapa ratus voucher. RM250 voucher Parkson + RM100 voucher Isetan. Yang Parkson dah lama selamat memandangkan Parkson tu tak sampai 5 minit drive dari rumah aku. Yang Isetan punya tu je duk terperap lama sampai hampir nak expired, hujung bulan ni expired.

Hari Isnin tu dah bosan sangat kat rumah, aku pun siap-siap terus gi Isetan kat OU. Misi nak membeli kasut. Aku memang target tak nak top up banyak-banyak [tengah bulan kan]. Cari punya cari yang berkenan di mata dan di poket, sudahnya jumpa la 2 design yang menepati kedua-dua kriteria. Kasut A harga RM159, kasut B plak RM139. Paling berkenan kat kasut A tapi kasut B lebih selesa. So mintak SA tu saiz kasut B. Tapi saiz aku dah abis. Ada satu pun tinggal yang display. Pastu mintak plak kasut A. Seb baik ada saiz. Pastu dia cakap ada less. Aku kata bukan untuk member je ke [as display]. Dia kata takpe, dia bagi je aku diskaun 30% tu. Wah, sukanya! Kalau kasut B ada saiz, konfem aku beli dua-dua sebab yang tu lagi la ada 50% less. So untuk kasut harga RM159, aku cuma bayar RM11.30 sahaja.  Suka!



~kasut 'sebelas hengget'.. blum rasmikan lagi..
.
Disebabkan poket belum cedera, mari tambah sepasang lagi. Tapi kali ni gi beli kat Parkson. Yang ni pun best, ada 70% less. So kena bayar RM29.95 sahaja. Untuk 2 pasang kasut bernilai RM259, cuma kena bayar RM41.25 sahaja. Penjimatan berganda. That's how you shop in stingy way. Hahaha.
.
~wedges paling tinggi penah aku beli... 
.
Hari pertama pakai, sakit gak kaki gara-gara kena byk berjalan.. duk ulang-alik ke mesin potostet lapan puluh kali... so semalam stop pakai... hari ni pakai balik ok dah tak sakit kaki.. ;p

Friday, 14 September 2012

SMS

Semalam aku terima satu sms 'nak berkenalan'. Bila aku tanya dari mana dia dapat no aku... punya la terkejut bila dia balas 'mak awak'. Apakahhhhh???

Aku terus call mak aku, tanya betul ke. Mak aku jawab takde tapi hujung-hujung tu aku dengar dia tahan gelak pastu cepat-cepat cakap bye. Memang ye la tu. Haih!

Balik rumah aku tanya lagi. Boleh tak dia kata dia ingat-ingat lupa sape mamat tu. Sabor je la.

Sebelum-sebelum ni memang emak tak pernah pun nak 'masuk campur' pasal benda-benda camni. Takde nak push-push pun, kadang-kadang je benda tu berbangkit tapi selalunya secara santai. Jarang sangat nak sentap pasal ni. Penah sekali je mak suh bagi gambar. Komain kan mak aku ni, tak agak-agak. Tak sabar benor nak terima menantu lelaki terakhir. Emak sape la tu. ;p

Aku kan, sebenarnya macam malas la nak melalui proses berkenalan-kenalan ni. Dah la aku ni jenis berkenalan ngan sorang tu, sorang tu je pastu lama pastu tak jadi pastu buang masa giler. Kenal kejap-kejap je pastu proceed je buleh? Eh, ni cam aku plak yang tak menyabor. Hahaha.

Ala, buat masa ni tak nampak pun ke arah-arah tu. Kalau ada, ada.. kalau takde, kita migrate je la gi NZ petik epal. Eh! Lantak pi la orang nak label andartu ke andalusia ke tak laku ke.. whatever!

Sila jangan nak bagi kata-kata macam 'bila kita berhenti mencari, yang dicari tu akan datang sendiri' sebab ketahuilah bahawa aku tidak mencari. Ok, tetiba dah macam emo plak. Dari bagi 'komen membina' sebegitu, doakan je la yang terbaik. Jodoh pertemuan di tangan Allah. :)

Tuesday, 11 September 2012

THE FINAL RESULT

Semalam masa meeting Mr. H tanya aku dah abis study ke blum.. tanya aku lulus ke tak. Siap tanya dah bagi copy transkrip pada HR ke blum. Amboi, tak sabar nak naikkan gaji aku ke? Aku malas nak jawab lelebih jawab je belum bagi padahal result untuk subject last belum keluar.

Pagi tadi baru final result keluar. Alhamdulillah berbaloi la aku terpaksa drop dulu [sebab tak gi 2 kelas] dan terpaksa extend satu sem pendek. Alhamdulillah jugak CPA better dari dip dulu walaupun beza 0.03 je. Kalau x malas mungkin boleh dapat lagi bagus. Tapi redha je la, dah memang pemalassuka study last minute.

Err pasni boleh la nak gi SPACE mintak pengesahan abis belajar dan boleh la update resume. Hehe. 

ps: kalau fikir benefits kat sini yang best, memang rasa tak perlu nak apply keje lain.. tapi kalau fikir keje, dah bosan weh keje kat sini.. nak cari pengalaman baru!!!


Monday, 10 September 2012

TRAGEDI FELDA SG. TENGI

Ingatkan nak cite pasal jalan-jalan melaka masa cuti merdeka hari tu. Err skip je dulu cite basi tu, nak cite kisah tak berapa basi dulu. Tragedi Felda Sg. Tengi.

Hari sabtu lepas aku & geng kedai mamak dah plan nak gi 2 majlis budak asrama.. satu majlis kawen kat Felda Sg. Tengi & satu lagi majlis akikah merangkap open house kat Nilai.

Agenda pertama, ke Felda Sg. Tengi. Kitorang konvoi 3 kereta. Aku satu kereta ngan Jiah & Yat. Sepanjang jalan tu duk borak tak ingat. Sebelum tu ada gak terkeluar ayat yg kitorang sebenarnya tak plan pun nak gi majlis kawen tu sebab ada antara kitorang yang tak dapat proper invitation. So macam eh kita ni sebenarnya dijemput ke tak. Tapi sebab ada yang nak pergi dan ajak, so pegi je la. 

Exit je Tol Bukit Tagar, si Jiah ni cakap yang kawasan ni kawasan panas. Selalu ada eksiden. Dah la sepanjang tu ladang buah & kebun kelapa sawit. Jalan lengang. Sampai satu kawasan ni, kitorang duk gelak2 sampai si Yat yang drive tu terketepi pastu terlanggar tepi jalan yang berlubang. Dengar bunyi memang kuat so kitorang terus berenti. Tengok-tengok tayar dah pancit giler. 

Kitorang kereta kedua, so kereta ketiga nampak kitorang berenti pun berenti sama. Kereta pertama dah lepas tapi pastu kitorang call la suh diorang patah balik. Dah la ayu-ayu nak gi kenduri, sekali kena tukar tayar. Mula-mula ada satu kereta berenti tanya kenapa. Bila bagitau tayar pancit, terus dia blah. Sabor je la. Ingatkan pakcik nak tolong. Hampeh!

Seb baik la ada satu kereta lagi berenti dan tolong kitorang. Tayar depan tu koyak. Makasih banyak-banyak 'abang baju biru' sebab tolong. Oh, oleh tak dia kata tempat tu baru je ada kes bunuh. Huhuhu. Dah la masa tu tepat kul 1pm. Matahari atas kepala kata orang. Lepas dah setel tukar tayar & mamat tu blah, baru perasan tayar belakang pun nampak pancit skit. Ingatkan takde angin je, so kitorang pun jalan la slow-slow. Aku pindah kereta lain.


Sampai je kat area pekan, nampak mamat tu kat tepi jalan pastu tunjuk kedai motor. Apa kejadahnya kedai motor kan. Pastu baru ingat nak kena ketatkan satu 'nat' kete tu. Tapi sampai je kat kedai tu, tayar belakang tu flat abis. Bila bukak, rupanya rim pecah. Tanya diorang, kedai kete paling dekat kat Bestari Jaya. Seb baik la dia offer diri untuk belikan tayar spare. Siap suh kitorang gi je dulu majlis kawen tu sebab takut lambat kalau nak tunggu. Dewan tu selang bape kedai/rumah je dari kedai motor tu. Sampai-sampai memang dah tak ramai orang. 


Lepas makan + sesi bergambar ngan pengatin, singgah BHP nak isi angin kereta lain.. tup-tup mamat tu dah datang hantar kereta Yat tu. Timing bagus betul! Syukur sangat jumpa orang yang baik camtu. Kalau tak, jenuh! Balik tu control je jangan gelak selagi tak exit keluar Tol Bukit Tagar tu. Huhu. Tragedi sungguh!

Monday, 3 September 2012

RAWAK SYAWAL

1. Dah masuk 16 syawal tapi malas nak update cite raya. Err sebabnya takde gambar dari kamera aku sendiri. Gara-gara abang ipar aku lupa bawak bateri kamera, terpaksa la bagi dia pinjam bateri kamera aku. Ntah bila nak dapat gambar dari dia.  
.
2. Raya pertama tu ada 'drama' skit. Seb baik masa drama tu berlangsung aku ngan Uda gi Tesco beli barang. Kalau tak, mesti jadi 'drama berepisod'. Haih. Bengang giler tapi sebab bulan yang mulia ni, sabor je la banyak-banyak. 
.
3. Sangap giler weh cuti seminggu. Kalau tak sebab opis memang tutup seminggu takde maknanya nak apply cuti lama-lama. Dah la raya ketiga dah balik rumah semula. Dari rabu sampai sabtu tu lepak rumah je. Paling-paling pun 'beraya' ke Giant, Parkson dan sewaktu dengannya je.
.
4. Hari Ahad baru gi rumah terbuka. Sekali pegi sampai 3 rumah. Mula-mula berkumpul kat rumah Jiah. Lepas Kecek sampai, gi rumah Hasni. Pastu gi rumah Yati plak. Then gi balik rumah Jiah amik kereta. Nak dekat kul 10pm gak baru sampai rumah. Raya sakan!
.
5. Baru dua hari keje dah bengang. Seb baik la tengah agak busy, jadi kurang la skit nak melayan rasa bengang tu. Tapi serius, rasa macam hampeh! Err aku ada up status pasal tu secara 'berlapik' dan memang orang yang buat tu terasa. Tujuan aku up status tu bukan nak panjangkan benda tu tapi nak luahkan rasa yang terasa. Heh! 
.
6. Oh, Alhamdulillah tahun ni dapat puasa penuh. Ngam-ngam pagi raya baru 'anak bulan  kelihatan'.

7. Errr kunun last week nak start puasa nam, sampai skang tak start-start lagi. Mak aku dah 'raya nam' pun. Esok harus gak start. Insya-Allah.