Perkara yang selalunya membantutkan plan nak beriadah adalah nak mencari tempat yang sesuai. Ada beberapa tempat berpotensi tapi rasa macam jauh je nak pergi. Selain jarak, tempat tu harus la tak ramai sangat sebab ramai-ramai sangat kang segan. Biasa la alasan-alasan remeh memang banyak.
Isnin lepas [lepas beli kasut tu] aku teruskan pemanduan mencari Taman Bukit Jalil. Aku tahu dekat je ngan rumah aku tapi tu la selagi tak sampai, mana la nak tahu lokasi sebenar. Dah jumpa tu seronok betul, memang dekat. Siap jumpa jalan short cut lagi.
Plannya nak pegi pagi Sabtu tapi dek terlajak tido, tunda la ke petang. Tu pun hampir-hampir terbantut sebab tengok cuaca mendung. Kul 5 lebih keluar rumah. Boleh plak terlajak jalan, dah la tempat nak u-turn jauh, siap pakej jalan jem. Boleh membantutkan semangat sungguh! Sampai sana, tengok banyak pulak kereta banding masa aku survey tu. Pastu nampak plak sekumpulan mamat-mamat muda. Yela aku ni dah la spesis 'takde hidung'.. pegi plak sorang-sorang, maka segan sorang-sorang. Perasaan tu semacam je. Padahal macam la orang kisah pun. Hahaha.
Berjaya gak menguatkan semangat. Berbekalkan towel kecik [bajet berpeluh giler], aku pun mulakan la aktiviti brisk walking. Tapi hampeh langsung tak berpeluh. Dah nak hujung-hujung tu baru start jogging light-light. Dah dapat pace yang sesuai. Baru la berpeluh. Ok boleh repeat lagi pasni!

No comments:
Post a Comment