Friday, 14 September 2012

SMS

Semalam aku terima satu sms 'nak berkenalan'. Bila aku tanya dari mana dia dapat no aku... punya la terkejut bila dia balas 'mak awak'. Apakahhhhh???

Aku terus call mak aku, tanya betul ke. Mak aku jawab takde tapi hujung-hujung tu aku dengar dia tahan gelak pastu cepat-cepat cakap bye. Memang ye la tu. Haih!

Balik rumah aku tanya lagi. Boleh tak dia kata dia ingat-ingat lupa sape mamat tu. Sabor je la.

Sebelum-sebelum ni memang emak tak pernah pun nak 'masuk campur' pasal benda-benda camni. Takde nak push-push pun, kadang-kadang je benda tu berbangkit tapi selalunya secara santai. Jarang sangat nak sentap pasal ni. Penah sekali je mak suh bagi gambar. Komain kan mak aku ni, tak agak-agak. Tak sabar benor nak terima menantu lelaki terakhir. Emak sape la tu. ;p

Aku kan, sebenarnya macam malas la nak melalui proses berkenalan-kenalan ni. Dah la aku ni jenis berkenalan ngan sorang tu, sorang tu je pastu lama pastu tak jadi pastu buang masa giler. Kenal kejap-kejap je pastu proceed je buleh? Eh, ni cam aku plak yang tak menyabor. Hahaha.

Ala, buat masa ni tak nampak pun ke arah-arah tu. Kalau ada, ada.. kalau takde, kita migrate je la gi NZ petik epal. Eh! Lantak pi la orang nak label andartu ke andalusia ke tak laku ke.. whatever!

Sila jangan nak bagi kata-kata macam 'bila kita berhenti mencari, yang dicari tu akan datang sendiri' sebab ketahuilah bahawa aku tidak mencari. Ok, tetiba dah macam emo plak. Dari bagi 'komen membina' sebegitu, doakan je la yang terbaik. Jodoh pertemuan di tangan Allah. :)

1 comment:

MsNiniE said...

hahaha..kiutla mak ko...

menariks jugak plan petik epal tu..hikhikhik