Day 4
Hari ni baru la aktiviti island hopping. Kitorang amik pakej 4 islands. Dapat harga RM45/person. Sepatutnya pakej kitorang naik longtail boat. Tapi tu la dah rezeki kitorang, dapat naik speedboat. Yeay! Lagi satu yang bestnya, tour guide kitorang pandai cakap melayu. Wa Sulong namanya.
Pulau pertama, Phra Nang Island. Kat sini je dah start mandi manda.
..
Pulau kedua, Chicken Island. Kat sini aktiviti snorkeling. Err pestaim sebenarnya snorkeling. Dah la tak pandai berenang. Masa turun tu komain eksaited pastu panik. Sudahnya bergayut tepi bot je. Hahaha. Tu la tak nak belajar berenang lagi, kan dah rugi.
Pulau ketiga, Poda Island.
Pulau terakhir, Tup Island. Cantik sangat. Banyak amik gambar 'aksi kalendar'. Hahaha. Antara dua pulau kecik, air dia cetek kat tengah-tengah. Boleh jalan kat situ. Ikut kata tour guide kitorang, sehari sejam je air dia surut. Kitorang sampai memang tengah surut. Syok giler.
.
.
.
Punya la syok bergambar sampai kamera termasuk air. Sobs! Terus tak boleh on. Masa tu aku tak kisah sangat pasal kamera janji memory card ok. Sayang weh banyak giler gambar. Try tengok kat kamera member aku, memory card tak leh baca. Nangisssss!
.
.
Dah bermandi manda amik gambar bagai selama sejam kat sini, masa untuk balik. Sampai hotel dalam kul 3pm. Lepak kat bilik je. Malam baru keluar makan. Kali ni lagi best, makan buffet harga RM15/person. Dah la siap orang tu amik & hantar. Makan sampai perut ketat. Budak kat kedai tu pandai cakap melayu [tapi ala-ala loghat kelantan]. Orang gi negara orang makin kurus, kitorang makin gemuk. Hahahadeh. Hari kedua timbang berat turun sekilo. Timbang lepas balik makan buffet, naik balik lebih sekilo. Pengsan!
.
Day 5
.
Hari ni takde aktiviti. Lepas check-out, lepak tepi pantai sambil makan pankek. Pastu gerak ke Krabi Town. Lunch kat sana. Lepas dah lunch baru jumpa pasar yang ramai sungguh muslim meniaga dan makanan2nya lagi murah dan banyak pilihan. Cis. Tapau makanan untuk malam, sempat merasa durian Thailand. Disebabkan beg berat, tak larat nak berjalan beria.. kitorang just lepak-lepak tepi sungai. Sempat tido bawah pokok.
.
Dalam kul 8pm kot kitorang gerak ke airport. Jumpa balik 3 orang mamat yang kitorang jumpa dari mekdi lcct. Kesian diorang banyak 'rugi'. Malam tu tido airport. Bentang pario yang dibeli atas lantai, selimut badan ngan jaket, Zzzzz. Perghh, pestaim buat keje ni! Pengalaman. Kalau kampeni trip, merasa la trip 'mewah' skit. Jalan guna duit sendiri harus la bajet kan [dah la jalan sebelum bonus]. Haha.
.
Flight kitorang esok paginya kul 8.30am.
.
Overall trip yang sangat best. Next time maybe boleh repeat tapi roadtrip plak. Mesti best!
.
.
ps: Alhamdulillah memory card ok.. kalau tak sayang gambar. Memang la ada gambar kat kamera member tapi ofkos la tak sama kan.. gambar masa island hopping banyak tapi banyak yg gediks.. ahaha! well, nak buat aksi gediks kat negara sendiri kang ada yang kena keji.. tapi ofkos la bukan untuk tatapan umum.. kang ada yang muntah darah.. ;p

.jpg)

1 comment:
alamak.. samala. aritu ms island hoping pun kamera rosak. bkn masuk air pn ms tu. ironi sungguh.
Post a Comment