Isnin lepas aku pegi interview. Tak beriya nak pegi [hampir-hampir nak kensel] sebab bukan aku yang apply. Job recruitment company tu dapat resume aku pastu diorang yang arrange appointment tu. Niat asal kot yea pun nak apply keje lain at least lepas konvo dan lepas register BEM. Memandangkan panggilan interview datang awal, kita redah je la.
.
.
Tak rancang pun nak serba biru sedondon dengan fail.. ;p
.
.
Menghadiri sesi interview ni sedikit sebanyak aku belajar kekurangan aku. Banyak benda yang kena belajar lagi. Nampak sangat aku dah terlampau selesa dengan keje skang sampai banyak benda yang aku terlalu amik mudah, malas nak amiktau. Sejujurnya aku rasa aku belum bersedia nak pikul tanggungjawab untuk post tu. Dan itu jugak yang aku bagitau kat penemuduga tu.
.
Nampaknya masih belum bersedia nak keluar dari 'zon selesa'. Kena perbaiki diri dulu sebelum pegi next interview. Kalau tak dapat pun, tak nak la bagi bad impression kan.
.
-----------
.
Akhirnya siap juga 'frame keychain' aku. Punya la lama dah buat letak dalam senarai 'to-do-list'. Banyak menangguh.
.
Thanks to Nina sebab dia upload kat fb dia gantung keychain camni gak. So terus semangat nak buat. Semalam gi IOI, singgah Daiso. Nampak frame ni, terus beli. Balik terus buat. Haha.
.
Tadaa..
..
.
Tapi nak re-arrange balik kot. Semalam main cucuk je senget benget. Errr senget itu SENI. Haha. Nak kena beli lagi frame ni sebab tak muat.
.
.
ps: amboi, turut2 hari plak updet.. bila 'encik mud' datang, layan!



2 comments:
Eh, aku? Hahaha...
Nina ~ yea ko la, sumber inspirasi.. hahaha.. ;p
Post a Comment