Friday, 26 March 2010

MISI UNTUK MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Selain gym, kat opis ni ada gak sediakan meja ping pong. Nak pastikan staf2nya mengamalkan gaya hidup sihat... eceh! Masa awal-awal diorang beli meja ping pong tu aku dah rasa 'gian' je nak tunjuk skill main, tapi takde geng la plak. Yang ngam semua tak layan main ping pong. Pasrah je la. Dedulu aku penah cite masa kat asrama dulu kitorang penah giler main ping pong.
.
Minggu ni kat opis diorang ada buat match. Semalam baru berkesempatan tengok. Dah masuk semi final pun. Pergh, makin 'gigil' rasa nak main. Harus la hasut sape2 pasni.
.
~baru warm up...
. .
Rindu siot zaman slim aktif dulu. Walaupun tak aktif sampai wakil sekolah ke apa tapi seronok bila sentiasa ada je aktiviti nak dibuat, ada je game nak dimain dan ada je orang nak dibuli. Adakalanya rasa menyampah kat diri sendiri apsal la aku boleh biarkan aku menjadi 'pasif' camni. Haih!
.
Misi untuk menjadi aktif bermula... *sambil listkan benda2 yang nak dibuat*. Err tapi bila masanya nak buat ek, tetengah tak cukup masa ni la duk 'semangat' nak aktif kunun... nampak gaya cam terpaksa ditunda je... Haih!
.
.
ps: asalnya nak cite pasal match tu je... heh!

Thursday, 25 March 2010

GLEE BUKAN GELI

Sape tengok GLEE? Angkat tangan! (^_^)
.
Aku sebelum ni tengok on off tapi skang dah melekat. Suka episod semalam. Lagu best-best dan aku suka 'tema' semalam. Err tema sebenar ballad tapi lebih kepada menyampaikan maksud melalui lagu... song dedication. Ai laike!!! Oh2, aku suka watak Noah Puckerman tu... err aku slalu je suka watak 'bad boy'. Cam cite gilmore girls, aku lagi suka Jess dari Dean... ai kureng skit la ngan orang yang innocent ni. tapi real world tak tau la samada taste aku camtu gak ke? heh!
.
.
Kadang-kadang susah nak luahkan perasaan [tak semestinya 'perasaan' yang itu] melalui kata-kata. Maka lebih muda untuk sampaikan melalui lagu. Cuma perlu cari lagu yang liriknya seolah-olah menggambarkan apa yang dirasa je... senang!
.
Kadang-kadang bila dengar certain lagu rasa macam lirik lagu tu ada kena mengena ngan situasi aku masa tu atau pun rasa cam lagu tu ditujukan untuk aku je... hahaha perasan sorang-sorang. Aku ada banyak lagu kegemaran yang aku declare dalam hati tu 'lagu aku'. Lagu yang tak jemu atau muak didengar walau berulang-ulang kali. ;p
.
Teringat dulu kat asrama/sekolah slalu buat song request... disebabkan asrama/sekolah pompuan, makanya slalu budak-budak tu dedicate lagu kat kakak2 angkat, admirer etc... dan teringat sorang member yang suka sangat kumpul lirik lagu.

Wednesday, 24 March 2010

KITA HANYA MAMPU MERANCANG

"If you fail to plan, you plan to fail". Makanya aku mencuba-cuba la untuk merancang supaya tak gagal di kemudian hari. Ceh, poyo je... padahal motif utama buat planner ni sebab nak carik tarikh untuk cuti-cuti edisi 2 je sebenarnya... hahaha.
.
~ni baru draft tapi separuh pertama tu kira dah betul la...
.
Pergh, sedih betul bila duk tengok hasilnya. Belum apa-apa cuti dah abis. Sebelum-sebelum ni kan aku slalu mengomel susah sangat nak cuti dan hanya cuti untuk benda penting je. Bukan sebab berdedikasi sangat keje tapi ye la belum apa-apa cuti dah abis sebab peksa. Masa opis lama dulu [nak gak sebut... hahaha] lagi la, cuti cuma 8 hari je. Memang tak cukup cuti tapi masa tu baru sambung belajar setahun dah cabut keje kat sini. Seb baik kat sini cuti 15 hari. Tambah pulak dulu kalau OT hari sabtu leh dapat cuti sehari.
.
Start bulan depan, semua orang akan keje sabtu minggu yang sama. Makanya tak boleh la nak switch cuti dan kebarangkalian untuk OT hari sabtu dah takde. Errr aku pun OT bila direquest je, takdenya semata-mata nak kumpul cuti yea.
.
Sem 1: 3 paper - 3 hari
Sem 2: 3 paper - 3 hari
Sem 3: 2 paper + amali - 7 hari
.
Awal-awal dah kena simpan 13 hari cuti untuk peksa je yea. Err masa-masa camni la fikir kan ke bagus kalau aku keje gomen... leh dapat cuti tanpa rekod. Huhuhu. Tapi seb baik la polisi baru opis aku ada bagi 3 hari cuti tambahan untuk cuti peksa. Ada la baki 5 hari untuk cuti raya, compulsory leave dan sewaktu dengannya. Errr nampaknya kalau nak cuti untuk cuti kena amik mc unpaid leave la gamaknya.
.
Tu yang aku maleh nak plan-plan ni. Boleh mendatangkan stress. Tak2, tak stress lagi.
.
ps: sesungguhnya ini bukan entri merungut... percayalah! ;)

Tuesday, 23 March 2010

DEMAM PEKSA

Semalam MC, domam! Petang sabtu balik dari kelas tu baru start demam... gara-gara pening kepala melayan orang mengada. Haih. Esoknya tak larat nak pegi kelas pagi padahal ada ujian. Err seb baik la back-up test, so tak amik pun tak apa walaupun niat awalnya memang nak amik. Tapi masuk kelas gak la sebab nak buat assignment. Lagi pun dah janji ngan member lepas tu nak temankan dia gi Jalan Pasar nak cari barang.
.
Niat nak pegi pesta buku pun dibatalkan [abis 28hb ni kan? sempat la lagi kalau nak gi] sebab dah tak larat. Aku perasan sejak disember lepas, aku tak berapa sihat pada tarikh yang lebih kurang sama... err tapi ni MC yang pertama untuk tahun ni yea. Tapi demam kali ni takde la teruk pun, cuma badan rasa letih sangat. Seb baik la kelas dah abis untuk sem ni. Masa untuk berpoya-poya exam... lepas exam baru kita berpoya-poya! ;p
.
Lama betul tak gi Jalan Pasar tu sejak zaman dip dulu. Yela dah takde barang nak cari, apa cer plak tetiba aku nak ronda kat Jalan Pasar tu ye tak.... bukan ada benda best pun kan. Kitorang pegi naik teksi je sebab kang jenuh lak nak cari parking. Punya la banyak kedai barang elektronik kat situ, satu kedai pun takde jual benda yang nak dicari. Buang masa betul!
.
Masa balik tu sempat plak berborak ngan pak cik teksi yang ramah. Duk cite pasal anak-anak dia. Dah abis belajar, memilih keje... tak nak keje berat. Tak pun baru keje, 2 minggu pastu dah berenti, alasannya makanan kat situ tak sedap. Yang perempuan dah abis spm, kejap nak sambung belajar amik nursing kejap tak nak... kira banyak songeh la. Isk, tak kesian ke kat bapaknya yang dah tua masih terpaksa jadi pemandu teksi. Kadang-kadang kita sebagai anak ni pentingkan diri sendiri kan. Kita berani memilih keje, memilih itu ini sebab kita tau mak bapak boleh tanggung, sedangkan mak bapak kita tak memilih keje pun sebab nak besarkan anak-anak. Haih!,
.
.
.
ps: sila jangan tanya bila aku nak abis...
ada beberapa tahun lagi untuk baca entri berkaitan ngan kelas & exam... layan je la!

Friday, 19 March 2010

LAYAN BLUES

.
Hari tu baru jumpa balik sorang classmate masa dip dulu kat FP... nampak gambar ni kat album dia... apa lagi aku pun cilok la...
.
~DDP seksyen 14... nak ikutkan budak kelas aku ramai tapi masa ni ramai x datang...
Baik je kan gi kelas pakai baju kurung...
.
.
Mostly hampir lost contact dengan semua. Jumpa pun takat kat FB je la. Yang berdiri tu, 5 dari 7 tu dah kawen dan dah jadi mak budak pun... kebetulan yang lagi dua tu tengah sambung belajar kat speceutm tapi sorang lagi tu kat skudai. Yang lelaki ada la 2-3 orang yang aku tau dak kawen dan penah la jumpa masa gathering dulu. Yang lain memang tak tau apa cite. Err dulu pun bukannya aku penah cakap dengan diorang pun.
..
Cepat betul masa berlalu kan... errr ayat klise bila duk layan blues... ;p

Wednesday, 17 March 2010

CUTI SEKOLAH DATANG LAGI

.
Biasa la cuti sekolah kan cucu-cucu duk balik kampung jumpa nenek. Ahad lepas mak bawak balik 2 orang anak buah aku, Ain & Umaira dari Kuang. Kelmarin kakak aku ngan anak-anak dia dari Melaka pulak datang. Meriah la skit rumah. Errr tapi diorang 'balik bandar' la kan... udah 'kampung'nya kat KL. Hehehe. Sian betul tak dapat menikmati keseronokan balik kampung dalam erti kata sebenar. Tak merasa keseronokkan main sungai... eh macam la rumah nenek aku dulu ada sungai pun... err takde sungai tapi ada laut, lagi best!
.. .
Semalam balik keje singgah beli kek. 11hb hari jadi Alisa yang pertama. Saja sambut sekali lagi dan sambut sekali becoming besday kakak aku tu. Besday dia 21hb.
.

~maknya pun teringin nak pakai topi...
nak kata kecik2 tak dapat, tak jugak... layan je la... ;p
.
.
~lama skit je tak jumpa mula la takut ngan orang...
dah pandai jalan dan skang tengah nak belajar cakap...


~aksi sengal anak buah... pesen tudung saji...
errr 'mak buah' pun ada gak aksi sengal tapi takkan nak letak kan... ;p

Tuesday, 16 March 2010

HARAPNYA TERUS KOMITED LA YEA...

Sejak awal Februari [lepas gi body analysis] sampai skang ni aku masih berjaya komited gi gym setiap hari Isnin. Kalau dulu takde geng nak pegi, takde maknanya aku nak pegi... tapi skang ni tak kisah dah, gi sorang-sorang pun boleh... sementara masih kuat semangat ni... hehehe...
.
Dulu aku penah cite yang kitorang diwajibkan pegi gym sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Tapi hampeh. Minggu pertama tu je boleh kata semua orang pegi. Lepas tu makin berkurang, berkurang dan terus takde yang pegi. Sengal.
.
Skang ni bos dah 'kuatkuasakan' balik mewajibkan penggunaan gym. So semalam tiba-tiba meriah la balik gym tu... ekeke. Seb baik la aku memang dah start aktif gi gym sejak beberapa minggu lepas walaupun masih tak kurus-kurus lagi so takde la terasa pegi semata-mata kena 'paksa' kan. ;p
.

2.05km, burn 131 calories within 6.55minutes

Ok la ada improvement compare to previous... semalam kayuh elliptical 15 minit, kayuh basikal 15 minit, jalan kat treadmill 1.2km lebih kurang 15minit gak...

~ nak kena beli kasut baru la, baru la makin semangat kasut dah nak koyak...
.
.
Yang bagusnya, lepas exercise esoknya bangun masih tak rasa sakit kat kaki atau tangan. Tapi aku rasa tu tandanya belum betul-betul cukup buat exercise tusebab tu berat tak turun lagi. Takpe2 yang penting sihat. Niat kena betul weh...
.
.
Errr kita bet kali ni bape lama plak bertahan yea... just wait & see... hahaha... ;p