Tuesday, 6 September 2011
Monday, 29 August 2011
Tuesday, 23 August 2011
IFTAR BERSAMA ATPN's single ladies 'GENG KEDAI MAMAK'
Sabtu lepas berbuka puasa dengan kengkawan atpn. Dah dapat agak muka-muka ni je la yang akan available pun, tapi cik organizer tetap rajin invite yang lain... bagus sungguh cik organizer tu kan... aku takde tokoh nak jadi organizer!
.

~ setelah beberapa kali tukar venue, akhirnya berbuka di 'kafe sudu gemuk'...

~kamikaze... suka bangat gambar ni, mood oldies!

~kalau jumpa tak sah kalau tak gelak sakan camni...
.
Lepas tu sambung sesi minum-minum di kedai mamak... kalau tak, takkan la jadi 'geng kedai mamak' kan... ekeke...
Saturday, 20 August 2011
SESI MEMBUAT BISKUT RAYA
Sesi membuat kuih raya dah bermula Rabu lepas... err tapi sehari satu adunan je... tak leh lebih2 kang patah pinggang aku tapi tu ada hati nak jual kuih tahun depan...kunun je sila jangan percaya.
.
Bermula dengan biskut coklat cip... oh2 ada kejadian sengal skit... masa bakar 1st batch, biskut tu mencair, jadi nipis giler dan abis melekat semua... aku pun tambah la tepung, pastu tengok balik resepi... rupanya adunan tu guna 2 tepung... aku terlupa buh satu sukatan tepung tu... patut la cair bebenor... lepas adjust balik, baru la jadi... ;p
.
Malam tadi plak buat kuih crunchy oat... err hari tu ada beli dari opismet [dia plak beli dari kawan dia]... so try la gugel resepi dia dan cuba buat... Alhamdulillah jadi [tapi idak la sebijik sejibon sama... orang tu biskut tu base coklat... aku guna perasa kopi... sedap je bau nescaffe]... kuih ni senang tapi leceh... seb baik jadi sedap cuma terlebih manis skit... kena kurangkan sukatan gula pasni...
.
Pagi tadi plak buat cornflakes madu yg super senang... yang ni dah beberapa tahun buat. Pastu sambung plak buat satu adunan lagi biskut coklat cip... disusuli dengan puding roti untuk berbuka nanti... yea super awal buat... dah alang-alang membakar, sekali jalan la... ;p
.
Errr tapi semua biskut baru buat satu adunan... esok la kot nak repeat adunan kedua...
.
Selamat membuat biskut raya... biskut biskut gak, jangan lupa menghayati 10 Ramadhan terakhir [ingatan untuk diri sendiri]... happy weekend!
Tuesday, 16 August 2011
RANDOM UPDATE
1. Jumaat lepas opis aku adakan majlis berbuka puasa kat JW Marriot Putrajaya. Mula-mula ingat nak pergi tapi tetiba rasa cam takde mood plak nak pegi. Ada la beberapa orang duk tanya nape tak pegi, alasan aku kesian emak aku berbuka sorang-sorang sebab adik aku keje malam. Nak ikutkan emak tak kisah pun, tapi tu la... tak rasa nak pegi pulak kali ni. Lagi pun sabtu ni dah janji ngan rakan-rakan terchenta nak berbuka bersama-sama. Kadang-kadang maleh skit nak berbuka kat luar, takut kang terbabas... ;p
.
2. Weekend lepas dah beli bahan-bahan untuk buat kuih raya. Padahal tahun lepas masa tengah membakar kuih duk cakap "next year tak nak buat kuih la... nak beli je". Sekali bila tiba masa, tetap gigih nak buat walaupun idak la reti sangat sebenarnya. Tapi kali ni makin bersemangat nak mencuba beberapa resepi yang baru digugel. Harap-harap bukan resepi tipu menjadi!
.
3. Hari tu jalan-jalan, terbekenan kat sepasang baju kurung ni. Tapi tak beli pun sebab dah hantar tempah beberapa pasang. Tetiba tadi akak tailor tepon aku, baju raya aku sempat siap sepasang je. Tu pun dia baru nak potong. Isk! Err nampak gaya, 'terpaksa' jugak aku beli baju tu. Ada hikmah rupanya baju tak siap. Ekeke...
.
4. Dah dengar khabar gembira. Katanya hari ni release. Masin mulut emak.
.
5. Esok cuti sempena Nuzul Quran. Bila la nak khatam ni. Isk!
Tuesday, 9 August 2011
CITE 2 DALAM 1
Ahad lepas gi Kuang, berbuka dengan family Angah & Abg Lang. Meriah. Tak plan pun nak berbuka kat sana sebenarnya. Tapi dah sangap duk berbuka berdua je, terus la lepas subuh bertolak pegi.
Menu berbuka utama adalah nasi ayam goreng berempah. Ni gara-gara tak bape puas hati beli kat param. Err sekali tu je beli kat param, yang lain hari-hari ai yang masak uolsss. Makanya kena la masak sendirik nak bagi puas hati kot-kot boleh celen kat param tu, next year leh bukak gerai... ekeke. Pastu siap buat ikan cencaru bakar sumbat.
.
Lain tu sakan buat macam-macam kuih... ada kuih cara berlauk, cek mek molek & cucur badak. Buat banyak gak, separuh tu letak kat gerai depan rumah Angah. Bukan kuih je, ikan bakar pun ada letak separuh kat gerai tu. 2 dalam 1. Buat juadah berbuka merangkap juadah untuk dijual. Hehehe. Pastu sempat gak ajar anak buah buat roti john. Bertambah satu lagi menu jualan kat gerai tu. Buat yang kecik je, guna roti hotdog. Jual RM1.50 je. Okay la kan? Yang besar kat param tu pun dah RM3 - RM3.50. Aih, syok plak kalau meniaga, tapi letih la kan.
----------
Cite lain. Semalam baru dapat tahu pasal asrama terchenta nak dirobohkan dari kawan aku. Apa lagi terus gugel untuk berita lanjut. Huhuhu. Sedih. :(
Friday, 5 August 2011
CITE BASI
Ni cite basi hujung minggu lepas. Bagus betul, dah jumaat baru nak updet pasal minggu lepas. Sabtu tu lepas balik keje sekerat hari, balik kampung dengan emak & mak long. Saja buat makan-makan sempena menyambut Ramadhan.
Selalunya kalau balik kampung, aku selalu 'terlepas' dari tugas masak memasak. Sebab ada ramai lagi 'tukang masak' yang lebih pro. Jadi kita serahkan pada yang pakar je la kan. Selamat haku... ekeke. Tapi kali ni tetiba pulak boleh 'terkena' juga. Err aku kena masak sejenis je pun. ;p
~ikan sweet sour... err agak-agak kat kedai caj bape hengget ni?
~antara makanan pada hari kejadian....
-----------------
.
.
Alhamdulillah masih diberi kesempatan menjalani ibadah puasa. Err dah hari kelima pun. Kunun bajet bz sangat padahal takde mood nak updet. ;p
Subscribe to:
Posts (Atom)

