Thursday, 19 September 2013

THROWBACK THURSDAY: BOHEY DULANG & PULAU MABUL

Cuti-cuti Sabah hampir sebulan lepas.. 

 Bohey Dulang
.
~ pemandangan di puncak Bohey Dulang.. 600m di atas paras laut..
.







 ~ on the way ke Pulau Mabul..
.
crystal clear..
.
~ pandai kan ai nyorok..
.
 .
~melawat perkampungan bajau laut.. aktiviti petang ahad, bukak 'kasino'..
.

~kanak-kanak bajau laut..
.
.
ps: tunggu mud rajin datang baru nak mengarang ayat cite pasal cuti-cuti ni..

Thursday, 15 August 2013

SAPU SAWANG SEMPENA RAYA

Fuh, lama sungguh tak updet blog. Bersawang abis. Encik mud dah menghilang.

Dah seminggu pun raya, takpe tak terlambat lagi untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat yang tersinggah baca blog ni. Maaf zahir dan batin.
.
Hari Rabu dah cuti tapi lepas Zohor baru gerak balik kampung. Pagi tu lepas subuh terus buat 2 biji kek, pastu siapkan biskut almond london [baru nak letak coklat]. Pastu mengemas rumah, kemas bilik, mengemop bagai. Letih giler. Sebelum balik kampung tu singgah Econsave dulu beli barang. Seb baik la kampung dekat, jalan pun clear. Emak dah balik kampung awal dari aku, so balik sorang-sorang je. Feeling 'perantau' jap. Nak2 plak bila keluar lagu balik kampung hoho balik kampung. Haha poyo! 
.
Rasanya tahun ni antara raya yang paling tak best. Satunya sebab arwah Mak Ndak dah takde. Kalau tak, nak raya ni memang dia la yang sibuk. Sebelum raya boleh kata setiap hari duk call mak aku tanya menu apa, apa yang nak dibeli... bagitau apa yang dah dibeli, tanya cukup ke tak. Yelah, setiap tahun kitorang memang balik raya rumah arwah [dulunya rumah arwah Wan & Atok.. lepas terbakar arwah buat rumah lain kat situ]. Tahun ni takde lagi temankan arwah masak ketupat pulut sampai kul 1-2 pagi. Tahun ni pagi2 dalam pukul 7 tu dah pergi kubur. Haish, sedih plak taip ni. Isk!
.
Pastu tak best sebab tak cukup korum. Pagi raya tu cuma ada emak, abg Lang sefamily dan aku je. Yang lain ada yg tak dapat balik, ada yg turn mertua, ada yang balik kejap je cam tetamu je gayanya, adik aku plak gi kampeni trip. Apa pun raya tetap raya!
.
Sakan merasmikan kamera baru. Tapi gambar sendiri ada bape je. Dilema 'photographer'!
.
 ~ malas nak alih meja berat.. lantak, remote astro pun interfrem sekali.. 
.




~satu2nya rumah yang kitorang gi beraya.. rumah pak uda kat sebelah je.. 

~ sian kek oren ai, mentang2 ada kek coklat yang sedap.. terus kek oren tak laku..
lenkali kena tacap cantik gak la buh cream bagai.. 
.

.


ps: tahun lepas penuh tak yah ganti, tahun ni sehari je.. :)

Wednesday, 15 May 2013

Tuesday, 14 May 2013

AGENDA GENG MAMAK DI BULAN APRIL

Fuh, berabuk blog. Mari lap sawang.
.
Lebih 3 bulan tak jumpa ngan geng mamak since last trip ke Cameron Highland, [kecuali jiah yang gi krabi-phuket sesama n hasni jumpa kejap masa dia pass souvernir]. Dalam tempoh tu aku sibuk berulang alik ke kampung setiap hujung minggu melawat arwah makcik aku yang sakit. Pastu duk ulang alik plak jengok emak aku yang duk sana buat sementara untuk menguruskan apa-apa yang patut lepas arwah meninggal.
.
Sekali bila dah 'reda', amik kau tiga minggu berturut-turut 'berjimba' dengan diorang.
.

Agenda pertama - last minute plan bachelorette party utk Kecek & Nik.
.
Sebelum tu memang ingat tak sempatnya nak buat sebab every weekend pun semua cam bizi. Nak buat minggu last sebelum Kecek kawen, mak dia plak dah 'kuarantin'. Tapiiiii tetiba la kan dia ada exam ptd kat putrajaya, so line clear. Plannya nak gi karok kununnya. Karok merangkap bachelorette party. Bestnya buat kat karok ni, bilik tertutup. So boleh la huha sesuka hati. ;p
.

.
.
.

Lepas karok sambung ngeteh kat mamak. Harus la kan. Pastu kecek & jiah tido rumah aku. Ntah apa je kitorang borak tak abis-abis sampai kul 4 lebih baru nak tido.
.
Agenda kedua - Majlis kawen Kecekkkkk!
.
Majlis nikah & persandingan hari sabtu. Tapi jiah & aku gi hari jumaat, ada majlis khatam Quran. Tapi kitorang sampai dah nak abis pun. Ingatkan start kul 10am, sekali diorang start awal. Dah nak abis baru kitorang sampai. Nak tolong apa-apa pun xde apa sangat nak dibuat. Sudahnya main game  4 picture 1 word ngan pengantin. Buleh? Haha. Petang tu baru la tolong masukkan telur. Malam tu ada acara pengantin tukar-tukar baju. So kitorang nyibuk kat bilik pengantin je la. Dah la 'mak andam' tu kawan seasrama kitorang gak. Best la nyibuk. Haha. Abis acara sambung pack goodies bag untuk belah lelaki. Nak kul 2am gak kitorang tido. Baru la adventure buat last minute kan. ;p
.

Pengapit & pengepit. Ai la pengepit.

Petang khamis tu baru plan nak pakai baju sedondon ikut tema. Balik keje baru singgah cari baju. Aku kompius betul warna turqoise. Turqoise biru ke turqoise hijau. Sudahnya main belasah je beli. Beli baju murah sudah. Sekali dalam gambar nampak sedondon plak kitorang. Ai laike!

~bersama pengantin..
daku nampak extra gumuks dalam ini gambar.. sobsss!
.
.
Agenda ketiga - Majlis kawen Cik Loyerrrr! Opss skang Puan Loyer. 
.
Sebab cuti dah tinggal bape hari je dan baru je minggu lepasnya cuti hari jumaat, tak dapat la nak amik cuti lagi gi majlis nikah beliau. Pegi majlis malam berinai & majlis sanding. Yang ni tak dapat nak nyibuk tengok pengantin ditacap. So pandai-pandai la bawak diri duk kat ruang tamu. Lama gak duk melepak nak tunggu pengantin bersanding.
.

~dalam gambar ni pun daku nampak gumuks.. 
ceh nampak sangat bukan salah gambar.. dah memang sah gumuks.. 
.
~ geng mamak.. minus cik Ros yang bizi & Dila di perantauan..
ok yang ni nampak kurus skit.. sebab dah nyorok separuh belakang za.. haha!
.
.
Alhamdulillah, selamat dah dua orang bertukar status. Who's next? Sempat lagi kalau nak follow tahun ni jugek. Hehe. Hari tu nampak la tulisan seseorang kat fb pasal rugi kawen lambat ni. Yela sape la yang nak kawen lambat kan, pastu dilabel itu ini. Tapi kena faham jugak, urusan jodoh ni bukan 100% pilihan kita. Kalau dah rezeki seseorang tu kawen awal, Alhamdulillah bagus la untuk dia. Tapi perlukah pertikaikan untung rugi kawen awal ke lambat. Rezeki masing-masing kan. Doakan je la. :)

.
....
Ps: Giler dah basi cite ni. Agenda pertama tu exactly sebulan lepas. Biasa la, bila encik mud takde, malas nak updet. Skang ni encik mud dah mari.

Tuesday, 9 April 2013

SWEET 13

.
"Thirty was so strange for me. I've really had to come to terms with the fact that I am now a walking and talking adult.C. S. Lewis 


Ahad lepas hari pertambahan umur. Sweet '13'. ;p
.
Nothing special. Malas nak celebrate. Kena tunggu ada someone special baru best nak celebrate kot.  Boleh pow hadiah kan. Haha. Errr masih belum jumpa lagi, doakanlah yea. :)
.
Alhamdulillah beberapa perkara dalam wishlist dah berjaya dilakukan. Kena berusaha kuat untuk jayakan yang lain pulak. Chaiyok!
.
Oh, semalam besday anak buah aku. Besday dia sehari selepas aku. Sebelum ni selalu lupa nak update sekali saja tak nak share 'limelight'.. haha keji punya makcik. Happy birthday Alif. Tahun ni amik pmr [ada lagi kan pmr?]. Moga sukses!

Thursday, 4 April 2013

DUA CERITA


Isnin lepas aku pegi interview. Tak beriya nak pegi [hampir-hampir nak kensel] sebab bukan aku yang apply. Job recruitment company tu dapat resume aku pastu diorang yang arrange appointment tu. Niat asal kot yea pun nak apply keje lain at least lepas konvo dan lepas register BEM. Memandangkan panggilan interview datang awal, kita redah je la. 
.
.
Tak rancang pun nak serba biru sedondon dengan fail.. ;p
.
.
Menghadiri sesi interview ni sedikit sebanyak aku belajar kekurangan aku. Banyak benda yang kena belajar lagi. Nampak sangat aku dah terlampau selesa dengan keje skang sampai banyak benda yang aku terlalu amik mudah, malas nak amiktau. Sejujurnya aku rasa aku belum bersedia nak pikul tanggungjawab untuk post tu. Dan itu jugak yang aku bagitau kat penemuduga tu. 
.
Nampaknya masih belum bersedia nak keluar dari 'zon selesa'. Kena perbaiki diri dulu sebelum pegi next interview. Kalau tak dapat pun, tak nak la bagi bad impression kan. 
.
-----------
.
Akhirnya siap juga 'frame keychain' aku. Punya la lama dah buat letak dalam senarai 'to-do-list'. Banyak menangguh. 
.
Thanks to Nina sebab dia upload kat fb dia gantung keychain camni gak. So terus semangat nak buat. Semalam gi IOI, singgah Daiso. Nampak frame ni, terus beli. Balik terus buat. Haha.
.

Tadaa.. 
..
.
Tapi nak re-arrange balik kot. Semalam main cucuk je senget benget. Errr senget itu SENI. Haha. Nak kena beli lagi frame ni sebab tak muat.
.
.
ps: amboi, turut2 hari plak updet.. bila 'encik mud' datang, layan!

Wednesday, 3 April 2013

MAKNA

.
Dah lama teringin nak join running event. Nak ikutkan idak la minat nak lari jarak jauh, tak larat kot. Dulu masa sekolah [zaman aktif] pun semput rasanya bila masuk acara merentas desa. Ini kan pulak skang ni. Tapi bila member ajak join MAKNA Founder's Run, aku pun teruja. 
.
Err kitorang join fun run je, 3km [budak 5 tahun pun boleh join haha]. 3km nampak dekat sangat tapi 7km cam tak larat plak. Ada sorang ni duk gelakkan kata apa barang 3km, dia pestaim terus join 10km. Bagus la. Tapi takkan aku nak follow orang, kena la tau limit diri sendiri kan. Kalau ada 5km, mmg join yang 5km.
.
Aku register 5 Mac, dah nak dekat tarikh tutup pun. Oh, sebenarnya tarikh asal dah tutup pun. Seb baik diorang extend. Minggu sebelum register tu semangat gi joging [baca: brisk walking sambil gossiping] kat Taman Metropolitan Selayang. Dua round.
.   
.
Sayangnyaaaaa tak dapat pun join larian tu walaupun dah semangat gi collect 'race pack' tu. Kebetulan member aku kena balik Johor sebab nenek dia pulak meninggal dunia. Aku pulak balik kampung sebab mak aku masih duk kampung [dah sebulan ai duk sorang yu]. 
.
Ye ye je cite macam kan join kan, padahallllll nan ado! Yea aku ni selalu beriya je pastu apa pun tak jadi. Sadis! Bila nak berubah oi??? 
.
Oh, dulu penah buat potongan akaun untuk MAKNA. Tapi bila akaun yang aku guna tu dah tutup, lupa nak tukar akaun. Nak kena buat potongan semula. At least ni antara yang aku boleh buat tribute untuk arwah mak ndak. 
.