Semalam MC, domam! Petang sabtu balik dari kelas tu baru start demam... gara-gara pening kepala melayan orang mengada. Haih. Esoknya tak larat nak pegi kelas pagi padahal ada ujian. Err seb baik la back-up test, so tak amik pun tak apa walaupun niat awalnya memang nak amik. Tapi masuk kelas gak la sebab nak buat assignment. Lagi pun dah janji ngan member lepas tu nak temankan dia gi Jalan Pasar nak cari barang.
.
Niat nak pegi pesta buku pun dibatalkan [abis 28hb ni kan? sempat la lagi kalau nak gi] sebab dah tak larat. Aku perasan sejak disember lepas, aku tak berapa sihat pada tarikh yang lebih kurang sama... err tapi ni MC yang pertama untuk tahun ni yea. Tapi demam kali ni takde la teruk pun, cuma badan rasa letih sangat. Seb baik la kelas dah abis untuk sem ni. Masa untuk berpoya-poya exam... lepas exam baru kita berpoya-poya! ;p
.
Lama betul tak gi Jalan Pasar tu sejak zaman dip dulu. Yela dah takde barang nak cari, apa cer plak tetiba aku nak ronda kat Jalan Pasar tu ye tak.... bukan ada benda best pun kan. Kitorang pegi naik teksi je sebab kang jenuh lak nak cari parking. Punya la banyak kedai barang elektronik kat situ, satu kedai pun takde jual benda yang nak dicari. Buang masa betul!
.
Masa balik tu sempat plak berborak ngan pak cik teksi yang ramah. Duk cite pasal anak-anak dia. Dah abis belajar, memilih keje... tak nak keje berat. Tak pun baru keje, 2 minggu pastu dah berenti, alasannya makanan kat situ tak sedap. Yang perempuan dah abis spm, kejap nak sambung belajar amik nursing kejap tak nak... kira banyak songeh la. Isk, tak kesian ke kat bapaknya yang dah tua masih terpaksa jadi pemandu teksi. Kadang-kadang kita sebagai anak ni pentingkan diri sendiri kan. Kita berani memilih keje, memilih itu ini sebab kita tau mak bapak boleh tanggung, sedangkan mak bapak kita tak memilih keje pun sebab nak besarkan anak-anak. Haih!,
.
.
.
ps: sila jangan tanya bila aku nak abis...
ada beberapa tahun lagi untuk baca entri berkaitan ngan kelas & exam... layan je la!

7 comments:
demam beralih bulan ker?
tengah musim exam ke achik?
mak su ~ pra-demam.. beberapa minggi lagi nak beralih bulan.. ;p
kak wan ~ bulan depan baru start.. :)
pelan-pelan kayuh.. ;)
berapa minggi tu berapa lama???
kak lyza ~ yeap.. kang kayuh laju2 kang jatuh gedebab plak kan.. ;p
pa'chik ~ minggi tu kurang sebulan.. ekeke.. [cis, nampak je salah eja] ;p
achik, bila nak habis? (hihihi...jangan marah, saja nak kacau achik)
hadap ajer, asal habis....
achik jom la gi summit hotel ahad ni, mula pukul 1:30 tapi kita pergi awal sikit sbb nak berkumpul dulu. Akak gi amik achik pun boleh...
Post a Comment