Thursday, 11 March 2010

GET ALONG

Semalam lepas keje menyinggah kat pasaraya Bintang nak beli 'gelas cantik'. Sekali tengok, takde yang aku nak. Masa nak balik tu, ada incoming call. Abang Z, sifu masa praktikal dulu telefon. Lama gak tak borak ngan dia. Bagus betul kan, sifu call anak murid. Aku ni bukan apa, segan nak telefon dia walau sekadar nak tanya khabar.
.
Seronok berborak dengan dia. Duk tanya khabar sifu-sifu aku masa praktikal dulu. Dah tu tiba-tiba je abang Z sebut nama S. Dalam ramai-ramai tu, nama dia pulak yang boleh naik. Err mungkin sebab dia je 'abang engineer' yang masih kat keje kat situ.
.
Diorang ni dulu ada tubuhkan kelab M&E dan masih aktif lagi. Slalu la arrange aktiviti makan-makan ngan percutian. Aku sempat la join sekali aktiviti makan-makan tu. Abang Z ajak aku join. Kebanyakkan yang join kelab tu memang aku kenal. Tapi ye la dah lama kan, entah diorang ingat aku lagi ke tak. Tapi seronok gak kan kalau join. Merapatkan silaturahim... eceh! tapi segan la nanti semua duk tegur aku makin comel... huhuhu
.
Kadang-kadang kan aku lagi senang get along dengan orang yang lagi tua dari aku [kurang 10 tahun... yang tua sangat tu tak leh masuk lagi] berbanding yang sebaya [kawan seasrama terkecuali la yea... tu memang ngam giler]. Mungkin sebab jarak usia aku dengan kakak2 aku 5-9 tahun, maka dah terbiasa. Bukan la tak boleh nak ngam dengan kawan baru yang sebaya, tapi susah skit la... lagi-lagi kalau jenis yang tak matured. Errr ni bukan 'sindrom nak sentiasa jadi muda bila berada dalam lingkungan orang yang lebih tua' atau 'sindrom rasa tua kalau berdampingan dengan adik-adik'. Tidak sama sekali yea. Cuma takut 'rat race' kot. Takut rasa cam looser. Dengan orang yang lebih berusia ni, diorang memang dah stabil. Diorang tak perlu nak 'bersaing' lagi. Ah, apa la aku merepek dan cuba pertahankan ni? Abaikan.
.
.
.
Oh2, bila balik je tengok emak dah beli 'gelas cantik' tu. Sehati sejiwa tak? ;p

11 comments:

Mak Su said...

kih kih kih, orang berusia pun adakalanya kurang balancing. oops!

lyza said...

ehemmm.. tiba-tiba abang Z sebut nama abang S.. uhukss.. ekeke

WRA said...

siapakah abang S itewww? hehehee

Siti said...

Achik,
S tu solo lg ke?
kekeke...

Unknown said...

kuat tul intuisi.. hehe

achik said...

mak su ~ hehehe.. tu yg x boleh masuk ngan yang terlebih berusia.. ;p


wann ~ tu la.. baru je cite hari tu.. ;p


kak wear ~ engineer kat tempat saya praktikal dulu.. :)


SITI ~ takde la.. dah berduet dah.. :)


mek ~ anak emak.. hehehe.. ;p

Masy said...

oooo paham paham :)

Pa'chik said...

ko dah tua eh? :P

achik said...

kak masy ~ paham ek? bagus2.. :)


pa'chik ~ agaknya sbb umur biologi dah 50, tu yang rasa tua sangat.. huhuhu..

tasekM said...

dgn yg lebih tua tu bulih la nk manja2... hehehe...



.

achik said...

hahaha.. xde maknanya kak.. saya tak manja.. ;p