Monday, 15 March 2010

KESUDAHAN YANG SEDIH... SIGH!

Bila takde cite best slalunya aku suka layan tengok national geo, discovery atau history channel. Errr animal planet je tak layan. Kebelakangan ni banyak dokumentari menarik yang aku tengok... err maksudnya takde cite best kat channel lain. ;p
.
Baru-baru ni tengok pasal Theodore Kaczynski - The Unabomber. Daripada seorang genius [masuk Harvard masa umur 17 tahun & dapat PhD masa umur 25 tahun] berubah menjadi seorang pengebom. Kalau baca pasal early ife dia, ada sesuatu berlaku masa dia bayi.

At six-months of age, Ted's body was covered in hives. He was placed in
isolation in a hospital where visitors were not allowed. Treatment continued for
eight months. His mother wrote in March 1943, "Baby home from hospital and is
healthy but quite unresponsive after his experience"

Masa tengok dokumentari tu pun, tengok gambar dia masa baby tu memang nampak 'something'... nampak 'lost'. Disebabkan dia genius , ada sorang lecturer ni jadikan dia sebagai 'case study' untuk kelas psikologi. Tak tau la apa yang dia alami kan... tapi cuba bayangkan kalau engkau dijadikan 'bahan ujikaji'... macam tikus makmal. Diorang ni kan kadang-kadang jadikan orang tu 'case study' tapi lepas tu takde amik tindakan susulan untuk pastikan orang tu recover. Dia punya genius sampai FBI pun takleh nak trace dia... terbongkar pun lepas 'manifesto' dia diterbitkan dan isteri adik dia syak dia adalah Unabomber tu lepas baca surat yang dia kirimkan tu ada persamaan dengan manifesto tu. At the end, dia dipenjarakan seumur hidup lepas diisytiharkan mengalami gangguan mental.

Aku cite pasal ni bukan apa, rasa sayang sangat bila orang yang genius tapi kesudahan hidup jadi camtu. Rugi sangat!

Dulu penah gak baca kat Mastika [tahun 90-an] pasal sorang genius yang penah jadi anak angat Prof Ungku Diraja Ungku Aziz. Entah kat mana silapnya, bercampur dengan orang yang salah, memberontak semasa usia remaja, kesudahannya tak berakhir dengan baik seperti yang mungkin orang harapkan. Camtu gak kisah Sufiah. Dan banyak lagi kisah yang sama tapi tak serupa berlaku [kalau gugel banyak je entri/artikel pasal benda ni]. Tuhan dah kurniakan akal fikiran yang extra special, tapi itu la... entah mana silapnya. Mungkin high expectation yang diletakkan terlalu tinggi sampai diorang rasa sangat tertekan. Err apa-apa pun, kita sendiri yang memilih jalan kita sendiri. Kalau nak salahkan tekanan, tak yah dilahirkan genius pun semua orang ada tekanan hidup masing-masing. Tinggal nak layan tak layan je. Biasa la sesekali rasa tertekan tapi jangan la sampai amik tindakan drastik.

Hari tu baca paper, dikatakan ramai mengalami gangguan mental secara sedar atau pun tak. Tu yang banyak sangat kes pelik-pelik skang ni. Yang bagi orang normal, tak terjangkau dek fikiran macam mana la seseorang tu boleh tergamak buat benda tu. Huhuhu.

Errr dah meleret-leret plak entri ni. So baik stop kat sini. ;p

8 comments:

Mak Su said...

sedih gaks bila baca, menonton cerita2 macam ni.... :(

Pa'chik said...

jiniyes ke budak tu?? dia cuma leh membaca awal je... bukan jiniyes...

khairyn said...

orang macam ni biasanya single minded track dan kurang pandai bab social dengan orang lain. Expectation high pada diri sendiri pun ada juga. Jadi, bila dah stress tak tahu macamana nak handle stress tu.
Yang jadi anak angkat Prof ungku aziz tu taim tu kira genius la sebab boleh membaca awal huhuhu.
Hal Safiyah.. huhuhu... oversexed. itulah pentingnya pendidikan agama Islam dari kecik lagi. huhuhu

lyza said...

animal planet, suka tengok rancangan jeff corwin..anak2 saya pun suka..kelakar..

Siti said...

tekanan dari sekeliling buat seseorg tu berubah dari baik kpd jahat, daripada sihat kpd sakit. drpd normal kpd tak normal.
bila dah tertekan, manusia jd takleh nak pk panjang dan cari jln mudah utk lepaskan tekanan. sbb tu kdg2 kite rase satu2 kes tu mcm tak logik.

achik said...

mak su ~ tu la kan.. huhuhu..


Pa'chik ~ err zaman dia x ramai yang leh cepat membaca.. tu yang orang label dia genius.. err atau sekurang2nya ada potensi utk jadi genius.. :)



kak khairyn ~ a'ah.. yang pandai ni kadang2 asyik sgt bergelumang dgn buku sampai x campur orang..
yg kaczynski tu pun cam antisosial.. tu la kan, didikan agama & keseimbangan tu penting..



lyza aka wann ~ ooo best ek? saya x penah tengok.. ;p



S.I.T.I ~ tu la kan.. banyak kes tak logik yang tak disangka berlaku.. lepaskan tekanan dgn cara yang salah.. huhuhu..

edyan7 said...

tul tu... IQ dan EQ tak seimbang... emotionally, dia ada byk masalah...tak pandai nak cope dgn perasaan marah, kecewa, suka.. sbb org dah tak fokus dgn perasaan dia, org ramai sibuk ngan ke'genius'an nya...

dalam satu nat geo ke discovery channel ntah, cite pasal org savant = kira luar baisa nye genius lah dorang nih... bila scan otak dia... mmg ada masalah kat bhgn tertentu...tp bagus kat certain area..sbb tu dorang genius kat situ...mcm ada dimple kat pipi la... mmg nmpk cute tapi sebenarnye adalah kekurangan sel..huhu..kekurangan yg disukai..

err.. dah panjang ni... dah mcm entry hahahhaha

achik said...

kak edyan ~ terlampau pentingkan IQ sampai lupakan kepentingan EQ..

betul2.. biasa la ada extra kelebihan mesti ada extra kekurangan gak.. huhuhu..