Friday, 5 March 2010

RASA YANG TERASA

Minggu ni kehilangan keupayaan merapu. Merapu ni biasanya ikut mood. Kadang-kadang ada je benda nak dirapukan sampai setiap hari pun nak update. Kadang-kadang takde langsung. Dan kadang-kadang pulak banyak je benda nak dirapukan tapi rasa payah sangat hendak menyusun kata. Serba tak kena. Taip taip, padam. Atau. Taip taip, simpan buat pekasam. Rasa tak sesuai plak nak dipublishkan. Errr walaupun aku labelkan blog ni sebagai 'personal', tapi aku tak berhajat untuk bercerita perkara 'personal' yang melibatkan hal-hal berkaitan dengan 'rasa yang terasa'. Haih!
.
Minggu ni rasa sedikit suram. Aku saja melawak kat emak kata nak berhijrah membawa diri yang lara. Ye la tu, seumur hidup tak penah menetap luar dari KL-Selangor, ada hati nak berhijrah kunun. Isk, 28 tahun duk pusing-pusing terperosok kat tempat yang sama. Tak berkembang minda betul. Errr takpe la, mana tau akan datang betul-betul berhijrah. Haih!
..
Apa la, baru awal mac, tak sampai suku tahun pun takkan dah mula nak down. Aku syak ni tempias 'sindrom-beralih-tahun' kot. Kalau baby kan bila nak beralih bulan selalunya akan meragam. Ni kira lebih kurang la. Pra-sindrom seawal sebulan. Ye la tu.
.
Hari tu dapat macam-macam baucar diskaun sebab aku ahli kad Aeon-Xpress. Ada gak tawaran menarik untuk percutian. Semalam tengok kat paper pun ada pakej percutian menarik dengan harga yang berpatutan. Best gak kalau dapat gi bercuti kan. Nak kena buat proposal ni... ;p
.
Sementara tu layan karaoke lagu ni je la...
.
Dendam Dalam Diam
.
Dalam manisnya madu
Terselit juga pahit hempedu
Madu manis padamu
Pahitnya sungguh bagi diriku
.
Suka atau pun tidak
Aku terus memendam rasa
Ingin sekali aku pergi bawa diri
Tapi ke mana arah
.
Rasanya sudah tak kuasa lagi
Persoalan inilah yang silih berganti
Hidup bersama bayangan saja
Oh indah hanyalah khabar
Bukan yang sebenar
.
Dendam di dalam diam
Bagaikan api membakar sekam
Senyum dalam paksaan
Sekadar lindung kedukaanku
.
.
Esok patutnya keje tapi aku amik cuti. Ada sesi khidmat nasihat.
Selamat berhujung minggu.
.
ps: blogland pun cam sunyi je minggu ni...

9 comments:

Mak Su said...

achik, maksu perasan ler penyakit weng weng minggu ni banyak mengganggu ler, beberapa blogger terkena hinggapannya.... moga moga achik dah sembuh dah, dari sindrom beralih tahun :)

shafarina said...

hehe

kak wan tak nyanyi lagu tu, tak sampai.. hehe

Diarihatiku1976 said...

saya suka lagu tu.. sesuai ngan suara si nora tu...

lyza said...

soal rasa tak dapat nak tebak.. ;D

tak tau lagu nih..hehe

Pa'chik said...

hikhik... kejap kerak pas tu dendam pulak... :P

terai la pindah ke brazil ke... uganda ke... :P

achik said...

mak su ~ agaknya sbb cuaca panas.. tu yg ramai weng.. hehehe..
dah ok dah.. :)


kak wan ~ saya pun x sampai.. berani nyanyi dalam bilik air je.. ekeke..


Diarihatiku1976 ~ lagu nora ek? saya suka part korus tu.. :)


wann ~ soal rasa biarlah rahsia.. ekeke..
lagu lama.. saya pun dah lama x dengar.. ;p


Pa'chik ~ hahaha..

xnak la uganda.. nak pindah sepanyok.. nak jumpa casilas.. ;p

WRA said...

Achik, jom ikut akak pergi majlis penganugerahan 28/3 ni? Akak ada satu tiket free extra...dia buat kat summit hotel usj, dalam pukul 1 petang gitu...

nicky said...

Bala; ko da cadangan menarik ke utk sesi cuti2 mesia edisi ke-2 nih? sila kemukakan cadangan pada ahli2 lain ae. he3

achik said...

nick ~ nanti aku akan usulkan pada yang lain2..