Wednesday, 31 March 2010

TENGGELAM TIMBUL

.

Dua puluh ekor kerbau pedati yang sama gemuknya dan sama kuatnya, sama pula kepandaiannya menghela pedati, tentu harganya pun tidak pula terlebih terkurang. Tetapi dua puluh orang manusia yang sama tingginya, sama kuatnya, belum tentu sama "harganya". Sebab bagi kerbau tubuhnya yang berharga. Bagi manusia peribadinya.

Berilmu sahaja, walaupun bagaimana mahirnya dalam suatu jurusan, belum tentu berharga, belum tentu akan beroleh kejayaan dalam hidup, kalau sekiranya bahan peribadi lain tidak lengkap atau tidak kuat, terutama budi dan akhlak.

Peribadi ~ Prof. Dr. Hamka


Tengah ralit membaca buku yang baru beli hari tu. Mood membaca ni kejap tenggelam kejap timbul. Bila mood membaca datang, 'kotak ajaib' pun dah tak heran. Kalau tak, duk bertapa berjam-jam... hehehe. Jadi sementara mood membaca tengah ada ni, layan! Dah khatam baca "Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain". Skang beralih tengah baca buku "Peribadi".
.
Isk, cam tak sedar diri je minggu depan nak peksa. Dah la 2 paper gap dekat. Nampak gaya terpaksa hold dulu la buku lagi satu tu... kena baca buku lain dulu. Heh!
.
.
ps: rupanya susah gak jadi 'organizer' ni ek... tu baru nak organize small gathering je...
note to self, lenkali kena lebih appreciate bila orang lain organize apa2 event!

12 comments:

Pa'chik said...

baca buku cerita sekolah laaaaa...

pB said...

tau tak per ...


lagi geram kalau ramai yg dok bagi negatif komen

adie said...

cuba baca buku anak-anak sidek.mana tau ko dpt motivasi dari situ.hehe

Mak Su said...

slamat membaca dgn tekun :)

jadik organiser kena pandang atas bawah kiri kanan, jangan ada yang terlepas.... , good luck :)

achik said...

pa'chik ~ hehehe.. yela nak baca buku sekolah la ni.. ;p


kak PB ~ tu la pasal.. biasa la slalunya pandai komen keje orang lain.. cuba suh buat sendiri.. huhuhu..


penyubiru ~ buku anak2 sidek? komik anak2 sidek penah la baca.. ;p


mak su ~ makasih..
tu la.. kalau boleh nak puaskan hati semua orang.. :)

lyza said...

tengok pada keadaan cerita ini nampak gaya organiser nak kena ada pembantu2 organiser..hehe ;p

tasekM said...

musim peksa yek sekarang nih...?

achik said...

kak lyza ~ hehehe.. nak organize gathering kecik je dah hampir give up.. kalau event besar, mau stress.. ;p


kak TM ~ a'ah.. saya start minggu depan.. :)

nicky said...

saya dengan officiallynya rasa bersalah yg amat sangat ni. sob3

achik said...

nick ~ oit, xyah rasa bersalah la weh.. aku x kisah, at least korang respon.. yg diam x balas apa tapi boleh plak buat gathering ngan 'diorang2' je.. dah keje2 ni pun masih berpuak2 gak rupanya.. haih!

nicky said...

mana ko tau depa wat gathering sendiri? lantak depa ar wei. kita buat kita2 jer.

achik said...

nick ~ nampak kat FB.. tu la, lantak la pasni.. aku pun ingat camtu.. yg penting nak jayakan cuti2 edisi 2 ni.. hehehe.. :D