Semalam aku baru sedar aku ada 'bakat terpendam' rupanya... tapi sengal!
.
Mulanya kelmarin aku singgah rumah kak F nak amik baju kurung [kain yg beli kat ganu dulu.. punya la lama baru hantar] yang aku tempah kat jiran dia... Isnin kan hari aku 'mengamalkan gaya hidup sihat'... jadinya dari cuma nak drop by amik baju, jadi sesi borak pasal nak kurus kesihatan. Pastu dia 'tercerita' pasal ex-opismet bukan anak bos... anak bos kurus yang amik produk kesihatan. Dan aku 'tercerita' yang aku pun penah amik produk tu dan jadi ahli dan boleh dapat harga murah.
.
Masa tu tak terfikir nak 'jual barang' pun sebab aku dah lama tak beli produk tu [bukan sebab tak berkesan tapi errr anggap je la aku saja suka bagi alasan]. Tapi aku sekadar nak 'tolong' kak F tu kalau dia berminat, aku boleh je belikan dengan harga diskaun dan tanpa amik untung langsung. Tolong kawan-kawan...
.
Tup-tup esoknya [semalam], dia YM aku dan order 6 sekaligus... dan rupanya tu bukan untuk dia tapi untuk ex-opismet aku. Dia pun 'tercerita' kat opismet pasal harga diskaun aku. Cis, kalau aku tau... aku amik untung skit. Takde la, ngan kak F tu ye la kawan... yang ex-opismet tu bukan 'kawan', sekadar colleague je... dan dia golongan orang kaya, so takde la 'rasa bersalah' nak amik untung dari dia. Ni memang 'jimat' sungguh dia beli dengan harga yang aku dapat. Patut buta-buta je aku dah dapat untung serat++... cis cis, takde bakat sungguh nak jadi kapitalis... ;p
.
Mula-mula kak F tu order untuk ex-opismet tu je... pastu dia duk tanya-tanya aku pasal produk tu, terus dia pun terjebak order... mula-mula satu barang, pastu tambah satu lagi, sudahnya amik satu set terus... See see, aku ada 'bakat terpendam' rupanya. Baru sedar... ekeke...
.
Lepas dah konfem semua order [total rm1k], aku pun deal ngan 'upline' aku. Abis la, dah masuk mode MLM. Dia akan uruskan order dan pos kepada aku. Masalahnya boleh dapat hari Isnin minggu depan. Cam lambat la plak... tengah bersemangat ni mesti la kalau boleh nak barang cepat kan. So aku pun tanya boleh tak dia direct beli dan hantar personally kepada aku, kitorang jumpa la kat mana-mana. Seb baik la aku ni slalu dapat 'upline' yang baik, so dia akan jumpa aku tengahari ni. Yeay, 'kuasa memujuk' telah berjaya dipraktikkan...
..
Err ni bukan nak promot barang tapi nak cite pasal bakat terpendam je yea tapi kalau nak beli boleh gak... YM ai yea... ekeke...
.
Gambar takde kena mengena... hasil pembelian di jalan TAR ahad lepas...
.

~errr idak la semuanya aku punya... ;p
.
ps: tak abis ganti lagi... haih!

18 comments:
antar kat siti la weh kain tu... :P
pa'chik ~ segan nak jumpa.. ;p
Produk nak bagi badan slim tapi berketul2 ada?
:D
buat baju utk raya ke? :p
jusmate ke cik...?
:)
en BP ~ takde.. nak berketul2 kena gi gym.. ;p
kak lyza ~ yeap.. beli je awal, nak hantarnya xtau bila.. ;p
kak TM ~ bukan.. x berkenan ngan dr rambut penan tu terus x berkenan ngan produknya.. hahaha..
Julian ker ??
kadang2 kita tak sangka, yang kita ada bakat terpendam :)
Apa yg x hbs ganti lagi? pose ker? ahaks XD
Weh, ko kne buat disclaimer kat akak tu. ckp kali ni jer ko bg harga mmber. Lps ni ko kne charge harga besa @ atleast mne2 rege yg blk modal bg ko. xdo la amal jariah jer kt org lain tp bkn kat diri sendirik. he3.
Sila majukan lagi bakat terpendam demi kekayaan diri sendirik ok. lalala XD
kak PB ~ bukan.. julian punya produk saya x penah try lagi, xleh promot.. ;p
mak su ~ tu la pasal.. :)
nick ~ a'ah pose la..
tu la pasal, aku ingat pun pasni nak amik untung skit la.. dapat gak skit2 kan pun jadi la dari takde.. ekeke..
slps ko kenakan haharga upsket tu, sila byr royalti ats nasihat yg tlg d kemukakan oleh cik lawyer di sini ok. lalala
];-D
tu dia blum apa2 dah ada caj loyer.. hahaha.. boleh2, no hal punya.. ;p
ak pun da bakat terpendam apo. bkn ko sorang jer. hak3 ;)
good luck la Achik...kadang2 orang lain dah nampak potensi tapi diri sendiri jer tak percaya...all the best
nick ~ hahahampeh.. ;p
kak wear ~ tu la.. hehe.. thanks kak.. pasni kena la guna pakai produk 'kita' pastu leh la promot.. ekeke.. sebelum ni 'takut'.. ;)
hahaha...sempat lagi tu takut...jangann takut, achik pasti BOLEH...akak memang dah yakin lama dah...
herbalife ka? wah tanye2 mcm la nk beli hahahahahhh
kak wear ~ hehehe.. ;)
kak masy ~ wahhhh.. camne tau ni? ;p
Post a Comment