Monday, 31 January 2011

MENGEJAR DATELINE

Alamak, tengah pening kepala ni... masih mencari-cari tajuk. Orang lain kebanyakkan dah dapat verbal approval. Aku je masih di dalam kesamaran. Adeh!
.
Dari tadi duk menggugel tajuk-tajuk yang relevan tapi masih tak jumpa. Isk!
.
Ada 3 minggu lagi sebelum dateline untuk submit tajuk proposal.
.
Tolonggggggg!

Wednesday, 26 January 2011

SEDANG BERKIRA-KIRA

Nak shopping apa gunting pendek rambut...
.

~gambar2 seperti biasa pinjam dari gugel..



Kali terakhir berambut ala-ala gaya camni beberapa tahun lepas kot. Risau gak kang dibuatnya bila dah gunting pendek hasilnya jadi horror. Dah la muka dah chubby kan. Tak sesuai sungguh!

Mengenangkan masalah rambut berbuah durian yang semakin kronik, terpaksa la gamaknya. Takpe2, rambut pendek bleh buat muka nampak muda kan... ;p

.

ps: aiseh, tak berjaya lagi nak sambung 'slot wordless wednesday'...

Tuesday, 25 January 2011

YANG DITUNGGU DAH TIBA

Baru je semalam duk sebut tak sabar nak tunggu dua perkara. Tetiba dah pun dapat tahu kedua-duanya hari ni. Yang pertama dapat tahu pagi tadi. Yang kedua baru je sekejapan tahu.
.
Satu yang pertama berkaitan dengan keje. Err lebih tepat sekali, bonus 'akhir tahun 2010'. Hehe. Berita gembira jadi kenyataan. Alhamdulillah. Harapnya 'surat chenta' yang bakal menyusul akan memberikan kegembiraan berganda.
.
Satu yang kedua berkaitan dengan study. Tunggu nama penyelia projek. Buat masa ni tak tau nak rasa apa. Lega kot. Sekurang-kurangnya penyelia adalah pensyarah yang aku kenal dan pernah emel kat beliau untuk komplen pasal pensyarah lain yang kerek masa jaga makmal... harap-harap dia tak ingat la pasal tu lagi.
..
Keje & study. Dua-dua ada target yang ingin dicapai. Orang kata kita perlu aim high. Tapi skang ni aku dah tak berapa berani nak letakkan harapan terlalu tinggi. Takut kecewa. Lebih baik aku sasarkan yang sederhana. Tinggi tak tinggi. Rendah tak rendah. Dan bila apa yang diperolehi tu melebihi dari apa yang diharap. Terasa lebih manis dan sangat-sangat bersyukur.
.
Selepas dapat apa yang ditunggu bukan bermakna dah berakhir. Malah baru je bermula. Satu yang pertama, nak tingkatkan prestasi keje dan kurangkan mencuri masa. Ecewah, mentang-mentang baru dapat bonus, dan-dan je tukar mode jadi pekeje cemerlang, gemilang, terbilang... ekeke.. [psttt walaupun slalu 'multitasking' tapi ai score full mark utk produktiviti yu]. Dan untuk satu yang kedua, harap semuanya berjalan lancar dan score. Errr masih tak tau nak buat tajuk apa. Adeh!

Monday, 24 January 2011

TAIP SECARA RAMBANG

Hari sabtu aku masak ayam masak lemak, sambal terung dan goreng sayur. Disebabkan masih kenyang, aku tak makan nasi sebelum gi kelas. Balik dari kelas, sampai rumah hampir pukul 10.30pm, tengok lauk yang terhidang tak luak langsung. Dan takde siapa kat rumah. Rupanya emak gi Kuang. Adik aku entah ke mana-mana. Cis, penat je masak!
.
Akhirnya semalam berjaya menghabiskan pembacaan novel pertama untuk tahun ni. Saja nak keep track setiap pembacaan. Kunun azam nak banyakkan membaca. Tengok 'rekod semasa', buat masa ni target sekurang-kurangnya sebuah buku sebulan je la dulu. Harap-harap boleh.
.
Kebelakangan ni sakit pinggang menjadi-jadi. Terutamanya sebelah kanan. Aku syak ni mesti sebab membongkok kutip bulu tangkis. Dah la main jenis tak reti nak warm up dulu. Seb baik bila sapu yoko-yoko kurang la skit sakitnya. Kalau sakit ni bukannya boleh merungut lelebih. Kang emak bising plak "muda-muda dah sakit itu ini". Errr dah tak berapa nak muda dah anak emak ni. Isk!
.
ps: tengah menunggu 2 benda... tak sabar!

Wednesday, 19 January 2011

SINDROM TAIP2 DELETE!

Dah dua tiga entri ditaip tapi sudahnya didelete je. Bila dah duk karang sekerat jalan, tetiba rasa ah benda ni tak perlu dicite kat sini. Delete lagi!
.
Nak kata tengah berada dalam mode down, tak pulak. Malah baru je dapat berita gembira. Err agaknya takat dapat berita blum cukup kot, nak tunggu jadi kenyataan baru bleh lompat-lompat gembira... ;p
.
Esok cuti. Mungkin nak pergi jumpa 'kegembiraan'.
.
Selamat bercuti.

Monday, 17 January 2011

SUNDAY COOKS

Semalam kelas abis awal. Tengah duk cari apa yang ada dalam fridge untuk dimasak, tetiba datang ilham nak masak sesuatu. Kebetulan tengah rajin bahan-bahan basic ada, cantekkkkk! Errr sebenarnya tak tau pun resepi sebenar, tapi belasah je masak ikut suka. Bak kata chef Micheal Smith [chef at home], "the best recipe is to cook without a recipe". ;p
.
Inilah hasilnya memasak tanpa resepi...
.

~sebelum
.
~selepas
.
~close up
.
Mak aku balik je dari Kuang, bila dia bukak tudung saji... "ni apa benda bulat-bulat ni?". ;p
.
Err mentang2 entri lepas pasal memasak, dan2 tepek gambar masakan. Hehehe poyo je. Tapi pasni akan ada banyak lagi entri memasak. Segmen 'Saturday or Sunday Cooks'. Tungguuuu!
.
ps: abis la program diet.. sigh!
.
-----edited----
.
Lupa plak nak bagitau.. yang aku masak ni namanya baked potatoes jacket aka jack potatoes atau nama kampungnya kentang sumbat... :D

Friday, 14 January 2011

KAGUM

Hari tu kekaguman bila tengok MasterChef. Walaupun cuma tukang masak amatur, tapi skill perghh macam pro. Dah la yang menang tu peserta paling muda. Hebat sungguh!
.
Skang ni extra-extra kagum bila tengok Junior MasterChef Australia. Seawal 8 tahun dah boleh masak mengalahkan tukang masak profesional. Bukan setakat buat sandwich yea, this is real cooking job i tell u. Dah la kena sediakan dalam masa 45 minit. Dengan ramai orang tengok. Urghhh, i can't stand that kind of pressure. Aku ni masak biasa-biasa pun tak suka orang tengok. Dan kalau kena buat sesuatu untuk dinilai, mula la gelabah. Benda yang biasa buat pun boleh lupa gamaknya. Agaknya kalau kena masak semata-mata nak impress seseorang, mau hangus! Hahaha.
.
Kang tak pasal ada yang nanyikan lagu exist... ekeke...
"Oh goreng lempeng lempengnya hangus
Oh goreng lempeng lempengnya hancus
Oh goreng lempeng lempengnya haus"
.
Bagus kan awal-awal lagi dah didedahkan dengan kemahiran memasak. Umur 8-12 tahun tapi dah menguasai skill dan teknik tertentu. Aku dulu umur camtu sekadar tolong kopek bawang, kopek ikan bilis, potong keledek buat inti karipap... err tu je la kot. Masak pun takat masak nasi. Tu pun penah beberapa kali hangus. Masa tu tak guna electric rice cooker lagi.
.
Aku bertambah kagum bila ada di antaranya dah tau apa yang diorang nak buat. Ada sorang ni baru umur 12 tapi dah target nak bukak restoran bila umur 18. Fuh! Aku umur 12 tahun cuma fokus pada upsr kot. ;p
.
Ada banyak lagi benda yang orang lain buat, walaupun nampak simple, tapi mampu buat aku kagum. Masih tercari-cari sesuatu yang mampu mengagumkan diri sendiri. Isk!

Wednesday, 12 January 2011

WORDLESS WEDNESDAY 1


ps: nak nyibuk gak buat wordless wednesday... inspirasi dari sini... ;p

Tuesday, 11 January 2011

RANDOM

1. Ahad lepas bermula kelas pertama untuk semester ni. Awal-awal lagi dah dapat tugasan. Tapi aku rasa tugasan yang agak menarik sebab boleh berangan kunun-kunun bukak syarikat kontraktor elektrik. ;p
.
2. Ahad lepas emak buat pulut kuning sempena hari ulangtahun kelahiran almarhum lelaki kesayangan. Al-fatihah.
.
3. Hari ni ulangtahun kelahiran emak. Emak selalu melawak kununnya nak buat macam dalam cerita Ahmad Albab. Hantar poskad kat anak menantu suh bawak hadiah untuk besday dia. Tapi of course la tak buat betul-betul kan. Hehe.
. .
4. Oh, dah lama rasanya tak membaking. Last buat kek baldu biru kot. Fuh, betul punya lama tu. Beriya-iya salin banyak resepi, ntah bila zaman nak cuba. Kena tunggu semangat membaking yang dah hilang ke mana muncul semula. Entah bila la tu yea.
..
5. Sakit gigi yang tenggelam timbul muncul semula. Adeh!

Monday, 10 January 2011

AJL 25

Seperti biasa AJL memang penuh dengan kejutan. Kejutan tang keputusan.
Sangat tak sangka lagu tu jadi juara. Heh!
.
.
ps: lain-lain malas nak ulas...

Friday, 7 January 2011

NATIONAL & STATE HOLIDAY 2011

Tahun ni tak perlu apply cuti raya. Awal-awal kampeni dah letak sebagai cuti wajib. Cuti wajib tapi kena tolak cuti tahun. Bukan bagi free yea.
.
Tahun ni banyak cuti umum jatuh hari ahad. Maka banyak la cuti ganti. Yeay!

I really need to work closely with calendar this year. Must be alert with so many important dates to achieve one of my big five things I need to happen by end of this year. Chaiyok!

Thursday, 6 January 2011

CONTENG MENCONTENG

Semalam ruh menconteng tiba-tiba muncul. Aku pun amik majalah 'Aku dan Sesuatu'. Karya brader Aie adalah sesuatu yang paling aku suka tiru lukis. Yang paling aku suka lukis semestinya 'Sahak AHDB'. Ah, sayang betul aku takde simpanan koleksi AHDB. Tiru lukis bukan tekap yea. Tapi tu la bukan setiap kali tiru lukis tu boleh jadi. Lagi-lagi kalau dah lama tak menconteng. Tangan pun dah keras. Err padahal memang takde bakat... ;p
.
Oh, kalau diberi pilihan untuk memilih bakat... semestinya aku pilih bakat melukis!
.
~salah satu hasil contengan...
Ada banyak hasil contengan tapi banyak yang tak jadi sekerat jalan.
.

~ni bila dah mula maleh...

.
.
Bila ruh menconteng datang, mula la rasa nak beli buku basic melukis. Semangat giler! Err ye la sedar diri takde bakat semulajadi, yang ada cuma minat yang itu pun tenggelam timbul, ada buku boleh la polish skit-skit. Mana la tau tetiba tangan jadi lembut. ;p

Tuesday, 4 January 2011

62 WAYS TO MAKE 2011 YOUR BEST YEAR YET

Sebenarnya aku dapat list ni tahun lepas. Masa dapat tu bersemangat la kunun nak follow list ni. Tapi lepas tu boleh pulak terlupa. Haih!
.
Sebelum 'terlupa' sekali lagi, baik aku tepek kat sini.
.
62 ways to make 2011 your best year yet.

1. Remember that leadership isn't about your position. It's about your influence.
.
2. Get fit like a pro athlete.
.
3. Lift people up versus tearing people down.
.
4. Protect your good name. An impeccable reputation takes a lifetime to build. And 60 seconds to lose.
.
5. Surround yourself with positive, ethical people who are committed to excellence.
.
6. Remember that even a 1% daily innovation rate amounts to at least a 100% rate of innovation in 100 days.
.
7. Believe in your dreams (even when others laugh at them).
.
8. Measure your success, not by your net worth but by your self worth (and how happy you feel).
.
9. Take an intelligent risk every 24 hours. No try-No Win.
.
10. Read "Buffett: The Making of an American Capitalist".
.
11. Watch "Man on Wire".
.
12. Regardless of your title at work, be a team builder.
.
13. Remember that business is all about relationships and human connections.
.
14. Say "please" and "thank you" more.
.
15. Stay true to your deepest values and best ideals.
.
16. Know your Big 5: the five things that need to happen by the end of this year for you to feel its been your best year yet.
.
17. Read your Big 5 every morning while the rest of the world is asleep.
.
18. Read "As You Think". At least twice this year.
..
19. Be willing to fail. It's the price of greatness.
.
20. Focus less on making money and more on creating value.
.
21. Spend less, save more.
.
22. Leave everything you touch better than you found it.
.
23. Be the most positive person in every room you're in.
.
24. Run your own race.
.
25. Write a handwritten thank you note to a customer/friend/loved one every day.
.
26. When you travel, send love letters to your kids on hotel stationary. In time, they'll have a rich collection to remember your travels by.
.
27. Read "Atlas Shrugged".
.
28. Be a problem solver versus a trouble maker.
.
29. Rather than doing many things at mediocrity do just a few things-but at mastery.
.
30. Honor your parents.
.
31. Commit to doing great work-whether anyone notices it or not. It's one of life's best sources of happiness.
.
32. Give more than you receive (another of the truths of happiness).
.
33. Have your 1/3/5/10/25 years goals recorded on paper and review them weekly.
.
34. Be patient. Slow and steady wins the race. The only reason businesses that went from zero to a billion in a year or two get featured in magazines is because 99% of businesses require a lot more time to win.
.
35. Underpromise and then overdeliver.
.
36. See part of your job as "a developer of people" (whether you work in the boardroom or the mailroom).
.
37. Wear your heart on your sleeve. When people see you're real, they'll fall in love with you.
.
38. Be authentic versus plastic.
.
39. Read "The Alchemist".
.
40. Remember that life wants you to win. So get out of your own way.
.
41. Consider that behind every fear lives your next level of growth (and power).
.
42. Eat less food. Drink more water.
.
43. Rest when you need to.
.
44. Read "SUCCESS" magazine.
.
45. Write your eulogy and then live your life backwards.
.
46. Demand the best from yourself.
.
47. Remember that the more you go to your limits, the more your limits will expand.
.
48. See everything that happens to you as an opportunity to grow (and therefore, as a precious gift).
.
49. Be obsessed with learning and self-development.
.
50. Become comfortable alone (you are the only person you get to be with your whole life).
.
51. Smile. It's a stunningly effective way to win in business and life.
.
52. Reflect on the shortness of life.
.
53. Be bold when it comes to your dreams but gentle with those you love.
.
54. Remember that success is dangerous because it can kill drive/innovation/passion and going the extra mile. Be successful yet stay hungry.
.
55. Read "The Autobiography of Benjamin Franklin".
.
56. Be of deep value to this world.
.
57. Own beautiful things but don't let them own you.
.
58. Use excellent words.
.
59. Laugh more.
.
60. Don't complain, gossip or be negative.
.
61. Plan as if you'll live forever but live as if you'll die tomorrow.
.
62. Feel free to pass these lessons on to those you want to help.
.
Harapnya by end of this year, aku akan follow at least separuh dari list ni.
For now, no 62 done... one down, 61 to go! Dan semalam dah mulakan langkah ke arah no 2.
.



~cycled for 16.18 minutes, 3.11km, burned 200 calories... kick start for 2011!

Monday, 3 January 2011

ENTRI PEMBUKA 2011

Sabtu lepas lepak ngan member-member terchenta... tak rancang pun aktiviti yang dibuat... just go with the flow... memandangkan jumpa dah kul 12 lebih, apa-apa kita makan duluuuuu!
.
Lepas makan baru decide nak buat apa...
.
Mula-mula nak tengok wayang tapi si Jiah plak dah tengok most of the latest movies... so kensel!
.
Then nak gi main bowling sebab masa tunggu Jiah sampai, banyak lane kosong... tapi bila gi lepas makan, penuh la plak... kensel lagiiiiii!
.
Last-last gi karaoke kat Neway... happy hour!
.
~eh, makan lagi? err dah termasuk dalam pakej... ;p
.
~berpadu suara..

.
Wah, NY lepas pun berkarok... NY kali ni pun karok lagi...
Err camtu NY next year kita karok lagi ek... ;p
.
Weekend ni dah start kelas balik... hoho!