1. Ahad lepas bermula kelas pertama untuk semester ni. Awal-awal lagi dah dapat tugasan. Tapi aku rasa tugasan yang agak menarik sebab boleh berangan kunun-kunun bukak syarikat kontraktor elektrik. ;p
.
2. Ahad lepas emak buat pulut kuning sempena hari ulangtahun kelahiran almarhum lelaki kesayangan. Al-fatihah.
.
3. Hari ni ulangtahun kelahiran emak. Emak selalu melawak kununnya nak buat macam dalam cerita Ahmad Albab. Hantar poskad kat anak menantu suh bawak hadiah untuk besday dia. Tapi of course la tak buat betul-betul kan. Hehe.
. .
4. Oh, dah lama rasanya tak membaking. Last buat kek baldu biru kot. Fuh, betul punya lama tu. Beriya-iya salin banyak resepi, ntah bila zaman nak cuba. Kena tunggu semangat membaking yang dah hilang ke mana muncul semula. Entah bila la tu yea.
..
5. Sakit gigi yang tenggelam timbul muncul semula. Adeh!

1 comment:
al-fatihah
Post a Comment