Hari sabtu aku masak ayam masak lemak, sambal terung dan goreng sayur. Disebabkan masih kenyang, aku tak makan nasi sebelum gi kelas. Balik dari kelas, sampai rumah hampir pukul 10.30pm, tengok lauk yang terhidang tak luak langsung. Dan takde siapa kat rumah. Rupanya emak gi Kuang. Adik aku entah ke mana-mana. Cis, penat je masak!
.
.
Akhirnya semalam berjaya menghabiskan pembacaan novel pertama untuk tahun ni. Saja nak keep track setiap pembacaan. Kunun azam nak banyakkan membaca. Tengok 'rekod semasa', buat masa ni target sekurang-kurangnya sebuah buku sebulan je la dulu. Harap-harap boleh.
.
Kebelakangan ni sakit pinggang menjadi-jadi. Terutamanya sebelah kanan. Aku syak ni mesti sebab membongkok kutip bulu tangkis. Dah la main jenis tak reti nak warm up dulu. Seb baik bila sapu yoko-yoko kurang la skit sakitnya. Kalau sakit ni bukannya boleh merungut lelebih. Kang emak bising plak "muda-muda dah sakit itu ini". Errr dah tak berapa nak muda dah anak emak ni. Isk!
.
ps: tengah menunggu 2 benda... tak sabar!

7 comments:
tunggu surat yek?
bones raye cine?
tunggu grad?
kay ~ tu pun ye gak tp masih sabar menunggu.. :)
pa'chik ~ hahaha pandainya! ;p
kak wan ~ tu insya-Allah thn depan.. tp ada kena mengena ke arah tu gak.. ;)
ehhh dapat bonus boleh belanja saya. hihi. lepas tu boleh pergi ronda2. wuhuuuu bessstttt! :D
El dah sombong gitu.
Taulah.. siapalah aku ni El... sampai tutup blog dia. *sob sob*
akira ~ belanja? boleh je.. meh la deting.. ;)
kak wan ~ pa'chik dah jadi 'kaki pukul' skang ni.. ;p
Post a Comment