Monday, 16 May 2011

SEBERAPA PANTAS

Sungguh tak perasan dengan masa yang berlalu.
.
Sedar-sedar je..
.

1. Lagi sebulan empat hari je lagi, genap 3 tahun aku keje kat sini. Kadang-kadang aku rasa cam baru je berhenti keje ngan kampeni lama. Aku masih ingat setiap sorang kat kampeni tu. Yela kampeni kecik tak ramai staff kan. Kat sini, staff keluar-masuk bersilih ganti sampai kadang-kadang ada yang aku tak berapa kenal. Padahal bukan la kampeni besar sesangat pun. Haih! Oh2 dulu time-time gini dah start cari keje lain. Adakah sejarah lama bakal berulang? Atau sejarah baru bakal berlaku [keje lebih dari 3 tahun setengah]... wait n see... ;p

.

2. Lagi sebulan lebih je, dah setengah tahun. Banyak lagi 'to do list' untuk 2011 masih belum direalisasikan. Asyik duk tangguh je. Kadang-kadang aku ni beriya je cari info pasal sesuatu yang aku nak buat tapi sudahnya tak terbuat-buat.

.

3. Lagi setahun je nak abiskan pengajian jarak jauh. Yeay sangat tak sabar. Mampu jugak aku bertahan selama 4 tahun [setakat ni]. Oh2 ada beberapa orang member sekelas yg berjaya abiskan dalam masa 4 tahun je. Diorang dapat extra transfer credits dan ada sem diorang pulun amik 4 paper. Dasat ah, dah la menten good pointer. Err aku tak sanggup dan tak mampu kot. Baru 2 paper + 1 proposal pun dah sedikit huru hara. Heh!
.


4. Dah beberapa bulan rupanya tak jumpa member lama. Semalam duk lepak ngan Jiah, baru sedar kali terakhir kitorang jumpa adalah masa awal tahun hari tu. Tu yang kira rapat, yang tak rapat lagi la makan tahun lama. Err harap-harap takde la sampai 5 bulan akan datang baru nak jumpa dia dan yang lain2. ;p

3 comments:

nicky said...

pa lagi, sila la respond kpd msg yg cik hasni send kat fb tu kak oi!!! gathering meh! ;)

achik said...

nick ~ pagi tadi aku baru nampak emel pasal tu.. tp sbb xleh bukak fb kat opis, tu yg x respond lagi.. mlm kang aku bukak..

MsNiniE said...

yeay!! jom!