Saturday, 30 July 2011

BERITA

.
1. Kak A [opismet yang paling rapat] dah selamat melahirkan anak yang ketiga Isnin lepas. Finally dapat baby girl. Errr memandangkan skang dia dah tukar satu department dengan aku, maknanya 2 bulan ni aku kena kaver semua keje dia. Dah la tengah busy ngan tender. Bertabahlah!
.
2. Pagi semalam dapat tahu dari kak F yang big boss opis lama passed away petang khamis. Sangat terkejut. Kak F ajak gi melawat tapi tak berkesempatan nak pegi. Huhu. RIP Mr. Won.
.
3. Petangnya pulak dapat tahu dari kak F juga yang bapak 'bos kecik' [baca: HOD] aku plak passed away. Deepest condolences to you Mr. Yap.

.

.

Putaran hidup. Kelahiran dan kematian bersilih ganti. Suatu hari dulu kita dilahirkan ke dunia, suatu hari nanti pasti kita akan meninggalkan dunia. Putaran hidup.

.

.

ps: keje half day hari ni... bz bz bz bz!

Monday, 18 July 2011

MERAMBANG LAGI

.
1. Aku tak berapa ketagih FB. Tapi satu yang paling aku suka kat FB, bila dapat jejak kasih balik kawan-kawan lama. Semalam jumpa balik kawan sekolah rendah dulu. Suka bangat!

.
2. Sebelum ni tak tergoda langsung dengan macaron. Err dalam tak tergoda tu pernah gak terbeli sekali. Tapi pastu takde pun terasa nak lagi dan lagi. Tapi, semalam lepas tengok Masterchef Australia, rasa teringin plak nak buat. Kalau rajin.

3. Sabtu lepas pertama kali masak nasi lemak. Takat nasi lemak yang senang pun nak kecoh. Pertama kali, harus la kan. ;p


4. Anak buah dah daftar kat kolej tu. Hujung minggu ni masuk. Yela takat bagi nasihat & pendapat je boleh la kan. Apa-apa keputusan pun datang dari ibu abah dan dia sendiri. Aku cuma berharap semuanya dipermudahkan.

.

*masih kat opis*

Wednesday, 13 July 2011

MAKCIK ACHIK PRIHATIN

Entri bulan ni baru 4 [tak termasuk entri ni]. Tapi 3 darinya entri gambar sesi 'baking & cooking'. Nampak sangat takde idea nak merapu.

Oh hari ni nak merapu pasal anak-buah-yang-tengah-tunggu-tawaran-belajar.

Hari tu 'pinjam' dia buat teman gi Skudai. Balik dari sana saja biar duk lepak kat KL dulu. Disebabkan tak nampak bayang surat tawaran lagi, dia pun saja la keje part time kat kedai kasut kat ngan rumah aku. Baru keje dua belas hari, dah berenti. Bukan tak tahan, tapi tetiba ibu dia bagitau dapat surat yang ditunggu-tunggu.

Mula-mula memang la tumpang gembira dan rasa lega untuk dia. Tambahan pulak, course yang dia dapat tu hasil dari sedikit 'nasihat' dari aku. So semalam lepas balik keje, terus la hantar dia balik rumah sebab sabtu ni kena pergi dengar taklimat. Tapi bila baca sendiri surat tu, rupanya tawaran dari kolej swasta. Alahai. Tapi takpe la, pergi je la dengar taklimat dulu kan. Kalau dah memang rezeki sambung belajar kat situ, terima je la walaupun yuran mahal la kan, dah macam yuran aku amik pjj je. Memang la ada loan tapi sian la kan, belum apa-apa hutang dah besar. Isk!

Agak-agak mana yang baik?


Terima je tawaran sambung belajar kat kolej swasta untuk kemasukan Julai.



atau



Mohon balik IPTA atau politeknik untuk kemasukan sesi kedua.


atau


Ada option lain yang lebih elok? Ada sebarang cadangan?

.


Serius, aku pulak yang rasa risau untuk dia. *mode makcik prihatin*

Sunday, 10 July 2011

MEMBAKING

Semalam mood membaking datang. Bukan satu tapi dua jenis kek yang dibuat. Tu dia bila rajin sampai dua, tapi kalau malas... bertahun-tahun berbulan-bulan tak kuasa nak buat. Oh, lagi pun sebab dua-dua resepinya super easy peasy.
.
Resepi pertama diambil dari blog encik mat gebu, Blended Orange Cake. Resepi ni best sebab cuma perlu masukkan bahan-bahan [kecuali tepung] dalam blender, blend sampai halus. Pastu masuk tepung. Kacau2, bakar & dah siap.
..
~hasilnya gebus...
oh, sebab kat rumah takde brown sugar, aku guna je gula pasir biasa...
cuma dikurangkan skit kuantitinya... takut terlebih manis...
.
.
Kek kedua nak ikutkan dah selalu buat. Cuma kali ni guna resepi kak izinni [punya la lama beliau dah bagi resepi ni, baru skang nak buat... lebih setahun dah, isk!]. Bahan-bahan lebih kurang sama je dengan resepi yang aku selalu buat cuma kuantiti berbeza dan cara buat je lain... lagi senang... ai laikeeeee!
.
Kek coklat kukus. Pestaim buat kek kukus, slalunya bakar je.
.
~hasilnya pun sangattttt gebus...
yang tengah tu bukan bantat yea tapi sebab terkena aluminium foil...
.
.
.
Ps: pasni tak tau la bila plak datang lagi mood rajin ni. ;p

Wednesday, 6 July 2011

RANDOM

1. Kelmarin diserang sedu secara kronik. Mula-mula kena petang. Jenuh duk minum air sampai segelen sebotol pun tak okay jugak. Siap gugel cari petua nak hilangkan tapi satu pun tak berjaya. Tak sedar tiba-tiba hilang sendiri. Cuma malam pastu kena sekali lagi. Dan keesokan paginya masih ada lagi saki baki sedu tu. Kalau baby sedu orang kata nak membesar. Err kalau dah tua bangka umur camni, udah-udah la tu membesar. Heh!

.

2. Kesibukan kembali melanda. Oh 'rasa bosan' pun dah kembali melanda. Err dah 3 tahun keje kat sini. Sangap dah kot. Petanda nak mula hantar resume kot. Tapi memikirkan bonus kat sini agak best, fikir dua tiga pat kali. Tapi serius sangap.

.

3. Pagi tadi jalan jem teruk giler. Nak dekat kul 9.40am kot baru sampai. Dengar kat radio, gara-gara banyak sekatan jalan dibuat [ *&#%%@!]. Merah lagi la punch card. Haih!

.

4. Skang dah bulan Julai. Hari tu ingat nak start buat projek awal-awal. Idak la kelas dah start baru tercungap-cungap. Ni satu apa pun belum mula. Masa buat presentation, penyelaras komen suh buat simulation je. Tapi penyelia pulak masih nak suruh proceed dengan hardware. Nak kena beli solder balik la ni. Apa-apa hal kena mula buat simulation dulu. Tengah berkira nak guna PSPICE atau MATLAB.

.

5. Akhir-akhir ni mood tak menentu. Nak cuti yang betul-betul cuti. Sangat!

Sunday, 3 July 2011

SUNDAY COOKS

.
Amik ko dua hari berturut-turut letak gambar makanan...
.
Sarapan yang sihat la kununnya...
.

Dessert pun kira sihat gak... kurang manis dan banyak buah-buahan... yolah tu... ;p

Saturday, 2 July 2011

SATURDAY COOKS

Jemput makan...