Tuesday, 31 January 2012

AKTIVITI CUTI


Cuti panjang yang bosan sebab tak ke mana-mana kecuali ke Selatan menyelesaikan 'acara tahunan terakhir'. Cuma lega la dapat tinggalkan sekejap opis yang 'serabut'... serabut dengan perangai orang. So cuti banyak dihabiskan dengan mengulangbaca novel, blook dan majalah lama... main masak-masak lepas masak-masak kita menternak lemak pulak... huhu...

Ni antara yang dimasak masa cuti... errr masa ni tukar selera tak nak makan nasi kunun... 

~ pai epal...

 ~ piza roti pita...

 ~ lazatnyaaaa... eh, lasagna...

 ~keratan rentas lasagna...

Hari khamis baru bertolak ke Skudai, gi menghantar report... punya la sengal ada seminggu tu aku langsung tak check emel. Rupanya penyelia aku ada hantar emel bagitau dia nak datang KL, suh pass je report tu ke dia. Tapi dah tak check emel, hari yang dia kat KL baru aku baca emel tu. Report dah lama siap cuma belum bind je. Nak tak nak kena la gi Skudai gak.

Nak bind tu satu hal, kejap nak bind kat KL... kejap nak bind kat Skudai. Tapi akhirnya gi bind kat Skudai gak sebab takut salah kod warna. Sampai-sampai sana je terus cari kedai bind. Punya la ramai. Seb baik la dapat gak menyelit dan sempat siap hari Jumaat tu [29hb due date... tapi fakulti mana la bukak weekend kan, so Jumaat tu la last day... giler punya last minute]. Dah la nak burn CD pun sengal. Mula-mula burn dah ok... pastu aku nak check apa ntah, bukak la kat laptop kak R file tu takde. Bila bukak kat laptop kak M, ada. Felik sungguh! Abis 10 CD-R kitorang kerjakan. Sudahnya esok beli CD-RW, baru ok. Apakah?

~ni warna apa adik-adik? adakah kelihatan seperti warna kuning? haih!

 ~ dah setel mari minum bancau...

Lepas bagi penyelia sign semua, hantar la kat fakulti. Tetiba diorang mintak 2 copies CD plak. Terpaksa buruk siku mintak balik kat penyelia. Dah la yang collect report tu kerek. Haih!

Setel semua, rasa lega sangat. Apa-apa kita bergambau dulu. Ekeke...

 ~tiap2 tahun datang, ni je la sekali amik gambar kat sini... ;p



Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. 

9 comments:

lyza said...

waa sibuuk nye dia. apa tu bancau? bunyi mcm mencarut ekeke ;p

achik said...

kak lyza ~ bandung + cincau = bancau.. ;p

Siti said...

wahwah...sedap2 nya makanan....


tgk gamba achik kat utm tu rasa rindu pulak nak nyanyi lagu utm gemilang.


"bersama kita menjulang
keunggulan terbilang
kemuncak jaya kita usaha
utm tempat letaknya"

:P

achik said...

kak siti ~ err buleh tak saya xtau lagu utm? ;p

Siti said...

kahkahkah...masa minggu haluan siswa mesti ada nyanyi lagu ni kan? kat youtube boleh cari kalo rasa2 nak dengar.

Anonymous said...

err... bape kilo? :P

zwitterion said...

rindu gak utm..rindu kat FKKKSA.last pi sana masa konvo dulu.kat taman u banyak kedai bleh bind tesis..

zwitterion said...

rajinnya masak..baguih2 :)

achik said...

kak siti ~ masa minggu haluan siswa saya banyak skip aktiviti.. duk rumah katakan.. ;p


pa'chik ~ cis hampeh.. soalan sensitif tu.. tanya umur pun xpe lagi.. ahahah..


zwitt ~ oh, zwitt pun utm rupanya.. masa saya gi hari tu 2 kedai je yg boleh terima dan siap cepat..

err idak la rajin sgt pun.. sesekali bila mood datang.. hehe..