Monday, 31 January 2011

MENGEJAR DATELINE

Alamak, tengah pening kepala ni... masih mencari-cari tajuk. Orang lain kebanyakkan dah dapat verbal approval. Aku je masih di dalam kesamaran. Adeh!
.
Dari tadi duk menggugel tajuk-tajuk yang relevan tapi masih tak jumpa. Isk!
.
Ada 3 minggu lagi sebelum dateline untuk submit tajuk proposal.
.
Tolonggggggg!

Wednesday, 26 January 2011

SEDANG BERKIRA-KIRA

Nak shopping apa gunting pendek rambut...
.

~gambar2 seperti biasa pinjam dari gugel..



Kali terakhir berambut ala-ala gaya camni beberapa tahun lepas kot. Risau gak kang dibuatnya bila dah gunting pendek hasilnya jadi horror. Dah la muka dah chubby kan. Tak sesuai sungguh!

Mengenangkan masalah rambut berbuah durian yang semakin kronik, terpaksa la gamaknya. Takpe2, rambut pendek bleh buat muka nampak muda kan... ;p

.

ps: aiseh, tak berjaya lagi nak sambung 'slot wordless wednesday'...

Tuesday, 25 January 2011

YANG DITUNGGU DAH TIBA

Baru je semalam duk sebut tak sabar nak tunggu dua perkara. Tetiba dah pun dapat tahu kedua-duanya hari ni. Yang pertama dapat tahu pagi tadi. Yang kedua baru je sekejapan tahu.
.
Satu yang pertama berkaitan dengan keje. Err lebih tepat sekali, bonus 'akhir tahun 2010'. Hehe. Berita gembira jadi kenyataan. Alhamdulillah. Harapnya 'surat chenta' yang bakal menyusul akan memberikan kegembiraan berganda.
.
Satu yang kedua berkaitan dengan study. Tunggu nama penyelia projek. Buat masa ni tak tau nak rasa apa. Lega kot. Sekurang-kurangnya penyelia adalah pensyarah yang aku kenal dan pernah emel kat beliau untuk komplen pasal pensyarah lain yang kerek masa jaga makmal... harap-harap dia tak ingat la pasal tu lagi.
..
Keje & study. Dua-dua ada target yang ingin dicapai. Orang kata kita perlu aim high. Tapi skang ni aku dah tak berapa berani nak letakkan harapan terlalu tinggi. Takut kecewa. Lebih baik aku sasarkan yang sederhana. Tinggi tak tinggi. Rendah tak rendah. Dan bila apa yang diperolehi tu melebihi dari apa yang diharap. Terasa lebih manis dan sangat-sangat bersyukur.
.
Selepas dapat apa yang ditunggu bukan bermakna dah berakhir. Malah baru je bermula. Satu yang pertama, nak tingkatkan prestasi keje dan kurangkan mencuri masa. Ecewah, mentang-mentang baru dapat bonus, dan-dan je tukar mode jadi pekeje cemerlang, gemilang, terbilang... ekeke.. [psttt walaupun slalu 'multitasking' tapi ai score full mark utk produktiviti yu]. Dan untuk satu yang kedua, harap semuanya berjalan lancar dan score. Errr masih tak tau nak buat tajuk apa. Adeh!

Monday, 24 January 2011

TAIP SECARA RAMBANG

Hari sabtu aku masak ayam masak lemak, sambal terung dan goreng sayur. Disebabkan masih kenyang, aku tak makan nasi sebelum gi kelas. Balik dari kelas, sampai rumah hampir pukul 10.30pm, tengok lauk yang terhidang tak luak langsung. Dan takde siapa kat rumah. Rupanya emak gi Kuang. Adik aku entah ke mana-mana. Cis, penat je masak!
.
Akhirnya semalam berjaya menghabiskan pembacaan novel pertama untuk tahun ni. Saja nak keep track setiap pembacaan. Kunun azam nak banyakkan membaca. Tengok 'rekod semasa', buat masa ni target sekurang-kurangnya sebuah buku sebulan je la dulu. Harap-harap boleh.
.
Kebelakangan ni sakit pinggang menjadi-jadi. Terutamanya sebelah kanan. Aku syak ni mesti sebab membongkok kutip bulu tangkis. Dah la main jenis tak reti nak warm up dulu. Seb baik bila sapu yoko-yoko kurang la skit sakitnya. Kalau sakit ni bukannya boleh merungut lelebih. Kang emak bising plak "muda-muda dah sakit itu ini". Errr dah tak berapa nak muda dah anak emak ni. Isk!
.
ps: tengah menunggu 2 benda... tak sabar!

Wednesday, 19 January 2011

SINDROM TAIP2 DELETE!

Dah dua tiga entri ditaip tapi sudahnya didelete je. Bila dah duk karang sekerat jalan, tetiba rasa ah benda ni tak perlu dicite kat sini. Delete lagi!
.
Nak kata tengah berada dalam mode down, tak pulak. Malah baru je dapat berita gembira. Err agaknya takat dapat berita blum cukup kot, nak tunggu jadi kenyataan baru bleh lompat-lompat gembira... ;p
.
Esok cuti. Mungkin nak pergi jumpa 'kegembiraan'.
.
Selamat bercuti.

Monday, 17 January 2011

SUNDAY COOKS

Semalam kelas abis awal. Tengah duk cari apa yang ada dalam fridge untuk dimasak, tetiba datang ilham nak masak sesuatu. Kebetulan tengah rajin bahan-bahan basic ada, cantekkkkk! Errr sebenarnya tak tau pun resepi sebenar, tapi belasah je masak ikut suka. Bak kata chef Micheal Smith [chef at home], "the best recipe is to cook without a recipe". ;p
.
Inilah hasilnya memasak tanpa resepi...
.

~sebelum
.
~selepas
.
~close up
.
Mak aku balik je dari Kuang, bila dia bukak tudung saji... "ni apa benda bulat-bulat ni?". ;p
.
Err mentang2 entri lepas pasal memasak, dan2 tepek gambar masakan. Hehehe poyo je. Tapi pasni akan ada banyak lagi entri memasak. Segmen 'Saturday or Sunday Cooks'. Tungguuuu!
.
ps: abis la program diet.. sigh!
.
-----edited----
.
Lupa plak nak bagitau.. yang aku masak ni namanya baked potatoes jacket aka jack potatoes atau nama kampungnya kentang sumbat... :D

Friday, 14 January 2011

KAGUM

Hari tu kekaguman bila tengok MasterChef. Walaupun cuma tukang masak amatur, tapi skill perghh macam pro. Dah la yang menang tu peserta paling muda. Hebat sungguh!
.
Skang ni extra-extra kagum bila tengok Junior MasterChef Australia. Seawal 8 tahun dah boleh masak mengalahkan tukang masak profesional. Bukan setakat buat sandwich yea, this is real cooking job i tell u. Dah la kena sediakan dalam masa 45 minit. Dengan ramai orang tengok. Urghhh, i can't stand that kind of pressure. Aku ni masak biasa-biasa pun tak suka orang tengok. Dan kalau kena buat sesuatu untuk dinilai, mula la gelabah. Benda yang biasa buat pun boleh lupa gamaknya. Agaknya kalau kena masak semata-mata nak impress seseorang, mau hangus! Hahaha.
.
Kang tak pasal ada yang nanyikan lagu exist... ekeke...
"Oh goreng lempeng lempengnya hangus
Oh goreng lempeng lempengnya hancus
Oh goreng lempeng lempengnya haus"
.
Bagus kan awal-awal lagi dah didedahkan dengan kemahiran memasak. Umur 8-12 tahun tapi dah menguasai skill dan teknik tertentu. Aku dulu umur camtu sekadar tolong kopek bawang, kopek ikan bilis, potong keledek buat inti karipap... err tu je la kot. Masak pun takat masak nasi. Tu pun penah beberapa kali hangus. Masa tu tak guna electric rice cooker lagi.
.
Aku bertambah kagum bila ada di antaranya dah tau apa yang diorang nak buat. Ada sorang ni baru umur 12 tapi dah target nak bukak restoran bila umur 18. Fuh! Aku umur 12 tahun cuma fokus pada upsr kot. ;p
.
Ada banyak lagi benda yang orang lain buat, walaupun nampak simple, tapi mampu buat aku kagum. Masih tercari-cari sesuatu yang mampu mengagumkan diri sendiri. Isk!