Friday, 12 October 2012

CUBAAN MENJADI SWEET & CERIA

.
"Being miserable doesn't give any advantages. It'll just dim everyone's mood and cause even more problems." ~ MrRandomMuslim.
. 
Hmmm, kadang-kadang memang terlepas la kan entri/status/twit yang berbaur negatif. Lepas geram atau meluah rasa yang terasa kununnya kan. Macam aku penah twit, aku rasa aku ni semulajadi bitter dan loner sejak azali. Kalau tanya 1st impression orang tentang aku mesti diorang akan cakap aku ni muka sombong dan garang. Huhu.
.
Cuba nak jadi sweet, peramah dan ceria tapi susah. Kadang-kadang jeles dengan orang yang semulajadi sweet, ceria dan ramah ni. Senang je buat kawan. Ai wan tu bi laik det oso!
.
Berbalik kepada quote di atas, aku rasa betul la apa yang MrRandomMuslim kata tu. Dari aku duk tulis entri/status/twit negatif... buat orang rasa mandom/menyampah/stress je baca, baik la aku tulis yang ceria-ceria je. Yela kalau aku pun stress ok baca entri yang asyik nak marah-marah je. Skang ni kalau nak lepas geram pun, taip je tapi tak publish. Hehe.
.
So pasni nak cuba jadi ceria dan sweet secara maya dulu pastu mana tau lama-lama in reality pun camtu. For the time being, bak kata kak baby, jadi la cam cekelat bittersweet. Bitter but sweet at the same time. ;p
.
.
Ps: Skang ni suka baca inspirational quotes, motivasi diri untuk jadi positif. Owh, dan juga sedang berada dalam fasa bersemangat menjana hormon endorfin!   

Tuesday, 9 October 2012

BUKAN SUMPAHAN.. ADA SINAR!

.
Cite berkisar masa agenda hujung minggu nan lalu. Masa berenti kat Shell tunggu satu lagi kereta, borak la ngan cik H & cik R. Terkeluar la pasal kitorang bertiga sebilik masa form 1. Pastu semua single lagi, termasuk la lagi dua orang lagi yang kitorang tengah tunggu tu. Duk sebut-sebut, ada la beberapa orang lagi termasuk 3 orang senior yang sebilik ngan kitorang. Dalam bilik kitorang ada 14 orang [aku dapat recall 12 orang je, dua orang lagi serius aku tak ingat]. Dan setahu aku, sembilan dari 12 tu masih single. Uish, adakah telah disumpah oleh bilik 75-D???? Yang sebaya, hanya dua yang berjaya terlepas dari 'sumpahan'.. dua-dua dah kawin dan ada anak sorang. ;p
.
Ok melawak je. Takde maknanya sumpahan bagai. Ehehe.
.
Semalam dapat tau berita gembira. Salah sorang dari 'geng kedai mamak' [serius weh kita kena tukar nama geng kita.. sangat tidak vogue okeh! ;p] akan bertunang. Tak nak bagitau sape [kot2 la ada warga astopunk yang lain tersesat kat sini.. biar tuan punya badan yg announce sendiri]. Selama ni asyik gi majlis yang member yang lain, skang ni one of the gang punya majlis, harus la teruja lebih. Hahaha.
.
Bak kata za [kot], dah ada 'sinar' dalam geng mamak. Hahaha. Nextttttttt, sape? ;p
.
Err harapnya lepas dah berduet pun masih bleh bergather-gather la. Buat family day plak kan. Amboi, jauh berangan. Ekeke.
.
.
ps: belum nampak sinar lagi...

Wednesday, 3 October 2012

Monday, 1 October 2012

BILA RUH RAJIN DATANG

Kompilasi kek yang dibaking bulan lepas.

~ kek pertama, kek coklat kukus untuk open house rumah makcik aku..
.
~kek kedua, saja2 buat kek keju untuk bawak gi opis.. 
beli krim keju untuk buat masa raya tapi sebab tak sempat buat.. dah abis raya baru buat..
. 
 ~rentetan kek kedua yang aku pos gambar dan resepi kat FB, kawan2 aku rekues nak rasa..
since hari sabtu lepas member aku ada buat BBQ, so buat untuk bawa ke rumah dia..
kek keju oreo dengan topping coklat stoberi..
.
~ keratan rentas.. kek comot sbb coklat dah cair gara2 lama menunggu orang...
oh, masa buat kek ni tetiba oven buat hal.. terpaksa la kukus.. 
sebelum ni tak penah try kukus ciskek.. seb baik jadi.. 
..
~err ni bukan kek.. ni baked blueberry custard.. pestaim cuba..
resepi senang giler.. takyah susah2 nak pukul bagai, campak je bahan2 dalam blender..
.
~ gara2 terlupa beli lapik kek & kotak, aku bawak je ngan loyang2 sekali.. belasah!
.
.
-----
Lenkali nak try amik gambar cun skit la macam blog2 makan2 yang lain, baru la drool skit kan tengok... ni gambar dari loyang je, sungguh tak presentable. Nak kena beli props la nampaknya. ;p
.
.
ps: nak kena beli oven baru.. yg ada dah tak boleh diselamatkan.. isk!

Tuesday, 25 September 2012

BERIADAH

Perkara yang selalunya membantutkan plan nak beriadah adalah nak mencari tempat yang sesuai. Ada beberapa tempat berpotensi tapi rasa macam jauh je nak pergi. Selain jarak, tempat tu harus la tak ramai sangat sebab ramai-ramai sangat kang segan. Biasa la alasan-alasan remeh memang banyak.

Isnin lepas [lepas beli kasut tu] aku teruskan pemanduan mencari Taman Bukit Jalil. Aku tahu dekat je ngan rumah aku tapi tu la selagi tak sampai, mana la nak tahu lokasi sebenar. Dah jumpa tu seronok betul, memang dekat. Siap jumpa jalan short cut lagi.

Plannya nak pegi pagi Sabtu tapi dek terlajak tido, tunda la ke petang. Tu pun hampir-hampir terbantut sebab tengok cuaca mendung. Kul 5 lebih keluar rumah. Boleh plak terlajak jalan, dah la tempat nak u-turn jauh, siap pakej jalan jem. Boleh membantutkan semangat sungguh! Sampai sana, tengok banyak pulak kereta banding masa aku survey tu. Pastu nampak plak sekumpulan mamat-mamat muda. Yela aku ni dah la spesis 'takde hidung'.. pegi plak sorang-sorang, maka segan sorang-sorang. Perasaan tu semacam je. Padahal macam la orang kisah pun. Hahaha.

Berjaya gak menguatkan semangat. Berbekalkan towel kecik [bajet berpeluh giler], aku pun mulakan la aktiviti brisk walking. Tapi hampeh langsung tak berpeluh. Dah nak hujung-hujung tu baru start jogging light-light. Dah dapat pace yang sesuai. Baru la berpeluh. Ok boleh repeat lagi pasni!

Thursday, 20 September 2012

SHOPPING IN STINGY WAY

Masa annual dinner hujung tahun lepas, aku dapat beberapa ratus voucher. RM250 voucher Parkson + RM100 voucher Isetan. Yang Parkson dah lama selamat memandangkan Parkson tu tak sampai 5 minit drive dari rumah aku. Yang Isetan punya tu je duk terperap lama sampai hampir nak expired, hujung bulan ni expired.

Hari Isnin tu dah bosan sangat kat rumah, aku pun siap-siap terus gi Isetan kat OU. Misi nak membeli kasut. Aku memang target tak nak top up banyak-banyak [tengah bulan kan]. Cari punya cari yang berkenan di mata dan di poket, sudahnya jumpa la 2 design yang menepati kedua-dua kriteria. Kasut A harga RM159, kasut B plak RM139. Paling berkenan kat kasut A tapi kasut B lebih selesa. So mintak SA tu saiz kasut B. Tapi saiz aku dah abis. Ada satu pun tinggal yang display. Pastu mintak plak kasut A. Seb baik ada saiz. Pastu dia cakap ada less. Aku kata bukan untuk member je ke [as display]. Dia kata takpe, dia bagi je aku diskaun 30% tu. Wah, sukanya! Kalau kasut B ada saiz, konfem aku beli dua-dua sebab yang tu lagi la ada 50% less. So untuk kasut harga RM159, aku cuma bayar RM11.30 sahaja.  Suka!



~kasut 'sebelas hengget'.. blum rasmikan lagi..
.
Disebabkan poket belum cedera, mari tambah sepasang lagi. Tapi kali ni gi beli kat Parkson. Yang ni pun best, ada 70% less. So kena bayar RM29.95 sahaja. Untuk 2 pasang kasut bernilai RM259, cuma kena bayar RM41.25 sahaja. Penjimatan berganda. That's how you shop in stingy way. Hahaha.
.
~wedges paling tinggi penah aku beli... 
.
Hari pertama pakai, sakit gak kaki gara-gara kena byk berjalan.. duk ulang-alik ke mesin potostet lapan puluh kali... so semalam stop pakai... hari ni pakai balik ok dah tak sakit kaki.. ;p

Friday, 14 September 2012

SMS

Semalam aku terima satu sms 'nak berkenalan'. Bila aku tanya dari mana dia dapat no aku... punya la terkejut bila dia balas 'mak awak'. Apakahhhhh???

Aku terus call mak aku, tanya betul ke. Mak aku jawab takde tapi hujung-hujung tu aku dengar dia tahan gelak pastu cepat-cepat cakap bye. Memang ye la tu. Haih!

Balik rumah aku tanya lagi. Boleh tak dia kata dia ingat-ingat lupa sape mamat tu. Sabor je la.

Sebelum-sebelum ni memang emak tak pernah pun nak 'masuk campur' pasal benda-benda camni. Takde nak push-push pun, kadang-kadang je benda tu berbangkit tapi selalunya secara santai. Jarang sangat nak sentap pasal ni. Penah sekali je mak suh bagi gambar. Komain kan mak aku ni, tak agak-agak. Tak sabar benor nak terima menantu lelaki terakhir. Emak sape la tu. ;p

Aku kan, sebenarnya macam malas la nak melalui proses berkenalan-kenalan ni. Dah la aku ni jenis berkenalan ngan sorang tu, sorang tu je pastu lama pastu tak jadi pastu buang masa giler. Kenal kejap-kejap je pastu proceed je buleh? Eh, ni cam aku plak yang tak menyabor. Hahaha.

Ala, buat masa ni tak nampak pun ke arah-arah tu. Kalau ada, ada.. kalau takde, kita migrate je la gi NZ petik epal. Eh! Lantak pi la orang nak label andartu ke andalusia ke tak laku ke.. whatever!

Sila jangan nak bagi kata-kata macam 'bila kita berhenti mencari, yang dicari tu akan datang sendiri' sebab ketahuilah bahawa aku tidak mencari. Ok, tetiba dah macam emo plak. Dari bagi 'komen membina' sebegitu, doakan je la yang terbaik. Jodoh pertemuan di tangan Allah. :)